Memandangkan kita hidup di zaman berhutang, kita perlu ketahui juga cara menyelesaikan hutang dengan cepat.
Kesilapan berhutang masa lalu, anggaplah ia sebagai pengajaran dalam hidup dan bertindak segera untuk elak kesilapan yang lebih besar pada masa akan datang.
Berhutang menjadi sesuatu yang sangat sukar untuk dielakkan, pengurusan hutang amat penting bagi mengelakkan diri dari muflis.
Hutang mungkin tidak boleh dilupuskan serta-merta tetapi hutang boleh diuruskan dengan lebih efektif supaya anda mempunyai kawalan yang lebih baik terhadap situasi kewangan anda.
Jika hutang anda diurus dengan baik, ini akan memberi kesan yang positif terhadap kesihatan kredit anda dalam jangka masa panjang.
Berikut ialah 10 tip cara menyelesaikan hutang dengan cepat
1. Berhenti menambah hutang baru.
Jika menambah hutang,ia ibarat gali lubang besar (hutang) untuk tutup lubang kecil. jadi sampai bila-bila hutang tidak habis bayar.
2. Senarai baki hutang/ansuran bulanan/baki tempoh setiap hutang.
Untuk capai matlamat menyelesaikan hutang dengan cepat, perlu senarai semua baki hutang berserta tempoh baki hutang.
Ini bagi mengelak hutang tidak dibayar.
3. Bayar hutang dengan segera, jangan tangguh
Jangan lari atau menangguh membayar hutang.
Perbuatan ini kan membuatkan pemiutang akan marah yang boleh menyebabkan pihak terbabit mengambil tindakan yang lebih teruk terhadap penghutang.
4. Fokus kepada melangsaikan hutang yang mempunyai baki yang paling rendah tetapi mempunyai ansuran paling besar.
Dengan kata lain menggunakan kaedah snowball.
Contoh situasi dibawah, dengan melangsaikan hutangnya dengan cara melangsaikan hutang yang mempunyai “rate” yang lebih tinggi dahulu.
Ia memerlukan dana tambahan sebanyak RM200 sahaja untuk selesaikan hutang ini dalam tempoh 4 tahun berbanding 10 tahun sebelum ini.
Dan selepas 4 tahun, dapat membuat simpanan RM1304.00 sebulan.
5. Kecilkan ansuran bulan yang besar untuk meningkatkan aliran tunai bagi melangsaikan hutang berbaki kecil
Membuat “refinance loan” dengan memanjang tempoh pinjaman, dengan ini bayaran bualan tersebut dapat kurang.
Lebihan daripada pengurangan ini dapat menjayakan lagi teknik snowball diatas.
6. Jual hutang jika boleh
Jika hutang itu membebankan, boleh jual sahaja seperti kereta.
7. Tukar hutang kepada harta
Menukarkan hutang kepada harga , sebagai contoh hutang rumah menjadikan ia sebagai sumber pendapatan.
8. Tambah pendapatan untuk simpanan dan melangsaikan hutang
Membuat sesuatu perkara yang boleh menambah pendapatan.
9. Doa, tawakal dan usaha
walaupun kita sudah berusaha sehabis baik dan mengikut perancangan awal, kepada DIA juga harapan kita.
10. Pastikan ada perlindungan takaful untuk lupuskan hutang.
Mencarum sedikit wang dalam takaful dengan Jumlah Dilindungi (Sum Covered) yang agak besar agar hutang-hutang kita dapat dilunaskan sekiranya berlaku kematian atau mengalami hilang upaya kekal mahupun penyakit kritikal.
Contohnya macam ni :-
1- Hutang Kereta RM30,000
2- Hutang Peribadi RM15,500
3- Hutang Kredit Kad RM4,000
4- Hutang Motor RM6000
5. Hutang Rumah RM144500
Jumlah Hutang = RM200,000
Anda bolehlah mengambil perlindungan sebanyak RM 200,000 untuk membayar kembali semua baki hutang yang ada sekiranya anda telah dijemput ke Rahmatullah atau mengalami hilang upaya kekal sebelum selesai membayar balik semua hutang.
InsyaAllah ahli keluarga anda akan berasa lega kerana anda tidak menyusahkan mereka dengan beban hutang yang banyak.
BACA : Hibah Takaful Ikhlas & Perlindungan Pendapatan RM200,000