BERSEDIALAH UNTUK MASA HADAPAN YANG DI LUAR JANGKAAN
Kehidupan ini dipenuhi dengan pelbagai peristiwa. Ia bergantung kepada cara kita memanfaatkannya.
IKHLAS PREFERRED TERM TAKAFUL adalah pelan Takaful keluarga dengan Sumbangan Takaful secara berkala yang menawarkan perlindungan yang diperlukan yang akan membantu Orang Yang Dilindungi bersedia untuk ketidakpastian.
Alami ketenangan minda serta pengertian kehidupan yang sejati dengan IKHLAS PREFERRED TERM TAKAFUL.
Apakah manfaat–manfaat yang akan saya terima dari IKHLAS Preferred Term Takaful?
IKHLAS Preferred Term Takaful adalah pelan sumbangan berkala Takaful Keluarga yang menawarkan manfaat-manfaat Takaful seperti berikut:
1. Manfaat Kematian
Sekiranya Orang Yang Dilindungi meninggal dunia secara semulajadi atau akibat kemalangan semasa Sijil Takaful masih berkuat kuasa, 100% daripada Amaun Perlindungan asas akan dibayar kepada Peserta Takaful atau orang tersayang (penama atau waris terdekat).
2. Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)
Sekiranya Orang Yang Dilindungi mengalami HUMK secara semulajadi atau akibat kemalangan semasa Sijil Takaful masih berkuat kuasa, 100% daripada Amaun Perlindungan asas akan dibayar kepada Peserta Takaful.
Manfaat HUMK dibayar sehingga Orang Yang Dilindungi mencapai umur penamatan 70 tahun pada hari jadi yang akan datang.
3. Manfaat Penyakit Kritikal
Sekiranya Orang Yang Dilindungi mengalami Penyakit Kritikal semasa Sijil Takaful masih berkuat kuasa, 100% daripada Amaun Perlindungan asas akan dibayar kepada Peserta Takaful.
4. Had Tanpa Pemeriksaan Perubatan Orang Yang Dilindungi yang berumur empat puluh lima (45) tahun dan ke bawah adalah berhak kepada Had Tanpa Pemeriksaan Perubatan, tertakluk kepada Perlindungan Takaful maksimum sehingga RM 1,000,000 dengan syarat Orang Yang Dilindungi mempunyai tahap kesihatan yang baik.
5. Manfaat Matang/ Serahan Sijil Takaful Sijil Takaful tidak mempunyai sebarang nilai apabila mencapai tempoh matang atau apabila serahan dilakukan.
Siapakah yang layak untuk menyertai IKHLAS Preferred Term Takaful?
Anda layak untuk menyertai pelan ini sekiranya anda berusia antara 17 hingga 75 tahun (untuk perlindungan Kematian dan Penyakit Kritikal) atau sehingga 65 tahun (untuk perlindungan HUMK), pada hari jadi anda yang akan datang.
Berapa lamakah saya akan dilindungi?
Bergantung kepada tempoh perlindungan yang dipilih, tertakluk sehingga umur 80 tahun (untuk Kematian/Penyakit Kritikal) & 70 tahun (untuk HUMK).
Berapakah Had Amaun Perlindungan di bawah IKHLAS Preferred Term Takaful?
Minima : RM500,000
Maksimum : Tertakluk kepada penguderaitan
Anda bukan sahaja boleh memilih pelan yang anda inginkan, tetapi anda juga boleh memilih tempoh perlindungan sama ada:
(i) 5 tahun; atau
(ii) 10 tahun; atau
(iii) 20 tahun
Berapakah jumlah yang perlu saya sumbangkan?
Jumlah Kasar Sumbangan Takaful Tahunan adalah berbeza bergantung kepada keperluan pengunderaitan, umur, tempoh dan Amaun Perlindungan yang dipohon.
Beberapa sampel ditunjukkan di dalam jadual di bawah:
Nota: Kadar tersebut adalah dengan andaian bahawa Orang Yang Dilindungi yang dicadangkan adalah lelaki dan tiada masalah perubatan kesihatan, risiko pekerjaan atau tabiat yang mungkin memerlukan Sumbangan Takaful tambahan. Anda juga boleh memilih untuk membuat sumbangan secara bulanan, suku tahunan, setengah tahun atau sumbangan tahunan.
Berminat ingin tahu lebih lanjut mengenai produk ini, isi form dibawah
Isi maklumat yang diperlukan
Sumber : https://www.takaful-ikhlas.com.my/sites/default/files/ikhlas_preferred_term_takaful_brochure_bm.pdf