4 Jenis Insurans Takaful Keluarga Yang Ada Di Pasaran

Hampir semua orang tahu kini ada beberapa jenis insurans takaful di pasaran.

Bagi sesetengah orang, kepelbagaian jenis takaful itu mungkin mengelirukan.

Ini ada kaitan dengan keghairahan syarikat-syarikat takaful malaysia memperkenalkan pelbagai jenis takaful dan pelan takaful dalam usaha menarik pelanggan.

Ia perkembangan positif sebenarnya kerana dengan itu orang ramai berpeluang memilih jenis takaful atau pelan takaful yang sesuai dengan keperluan dan kes masing-masing.

Dengan ini juga sekali gus membolehkan orang ramai memperolehi pelan terbaik untuk diri dan keluarga.

Artikel ini bertujuan menjelaskan secara ringkas dan mudah difahami mengenai beberapa jenis takaful yang ada di pasaran supaya orang ramai lebih faham dan lebih jelas.

Jenis-jenis takaful di pasaran

Ada pelbagai jenis takaful di pasaran, termasuklah takaful kesihatan (medic takaful), takaful kemalangan peribadi (personal accident takaful) dan takaful penyakit kritikal (critical illness takaful).

Jenis takaful lain ialah takaful simpanan (saving takaful), takaful pendidikan (education takaful), takaful khas untuk wanita (women special takaful), takaful berkaitan pelaburan (investment-link takaful), takaful warga emas (senior citizens takaful) dan sebagainya.

Apakah jenis takaful patut diutamakan?

Persoalannya, jenis takaful manakah patut diutamakan?

Untuk mudah faham dan lebih jelas, daripada banyak jenis takaful yang ditawarkan di pasaran sekarang, dapat dirumuskan hanya empat kategori takaful benar-benar diperlukan.

Empat jenis takaful berkenaan ialah;

1. Takaful penyakit kritikal (critical illness)
2. Takaful kemalangan diri.(personal accident)
3. Takaful rawatan hospital dan pembedahan (hospital and surgical)
4. Takaful kematian dan lumpuh (life)

Baca : 12 Perkara Penting Dalam Memilih Medical Card Terbaik

Tiada siapa tahu detik musibah

Sepatutnya seseorang atau setiap keluarga mengutamakan empat jenis takaful di atas sebelum menimbang untuk melanggan polisi takaful jenis lain seperti pelaburan, pendidikan, persaraan, takaful khusus untuk wanita dan sebagainya.

Sudah tentu tiada sesiapa mengharapkan musibah dalam kehidupan sama ada terhadap diri atau keluarga.

Namun, semua empat jenis insurans takafulĀ  di atas menjadi sangat perlu dan berguna apabila musibah datang secara tiba-tiba yang saat itu sudah terlewat untuk memikirkan mengenai takaful.

Justeru, utamakan empat jenis takaful di atas dalam membuat pertimbangan melanggan polisi perlindungan takaful untuk diri dan keluarga.

Mencari Pelan Hibah Takaful Terbaik ? Ketahui 5 Tip terbaik disiniĀ 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *