4 Perkara Penting Sebelum Buat Pembatalan Polisi Insurans Takaful

pembatalan polisi insurans takaful

Pembatalan polisi insurans takaful boleh dilakukan oleh pemegang polisi pada bila-bila masa.

Bagaimanapun, pembatalan polisi takaful sepatutnya dilakukan berasaskan faktor-faktor munasabah, bijak dan tidak merugikan pemegang polisi.

Artikel ini akan memperincikan beberapa perkara asas yang pemegang polisi takaful patut tahu dalam mengambil keputusan membatalkan sesuatu polisi takaful.

Bijakkah batalkan polisi?

Pertama-tama, perkara paling penting yang anda perlu ketahui sebelum membatalkan polisi ialah memastikan adakah benar-benar bijak untuk anda mengambil keputusan itu, terutama jika polisi perubatan atau hayat.

Jika ada berniat membatalkan polisi perubatan atau polisi hayat sedangkan ketika itu usia anda sudah meningkat, ketahuilah bahawa faktor usia akan sangat diambil kira apabila membeli polisi baru.

Baca : 12 Perkara Penting Dalam Memilih Takaful Medical Card Terbaik Dan Murah

1.Status kesihatan

Mana-mana syarikat takaful akan menilai semula keadaan kesihatan anda berdasarkan faktor usia, lebih-lebih lagi jika ketika ini anda baru menghidap penyakit lain.

Ini sudah tentu mempengaruhi amaun caruman untuk polisi baru yang bakal anda beli itu.

Jika anda membatalkan polisi hayat sedia ada dan membeli polisi hayat baru akan menyebabkan anda perlu membayar caruman lebih tinggi kerana faktor umur dan perubahan status kesihatan.

2.Apa pilihan yang ada ?

Bagaimanapun, jika anda masih perlu juga membatalkan polisi sedia ada atas sebab-sebab munasabah dan sangat perlu, anda perlu pastikan menyemak betul-betul segala kemungkinan dan kerugian yang perlu ditanggung.

Setelah itu, anda kenal pasti betul-betul polisi takaful baru yang hendak dibeli dengan membuat perbandingan di antara pelbagai polisi yang ditawarkan syarikat takaful .

3.Jangan tergesa-gesa

Maksudnya, jangan batalkan polisi sedia ada secara tergesa-gesa.

Amat malang dan rugi jika kemudian anda tahu bahawa polisi baru yang anda beli itu banyak kelemahan berbanding polisi sedia ada.

4.Berbincang dengan agen takaful

Berbincanglah juga dengan agen takaful anda.

Ini kerana agen takaful anda mungkin dapatĀ  mencadangkan alternatif lain, termasuklah tidak membatalkan polisi sedia ada, sebaliknya menambahkan perlindungan pada polisi itu.

Agen takaful anda juga dapat menasihatkan anda mengenai kemungkinan jika ada apa-apa penalti yang mungkin perlu ditanggung apabila anda membatalkan polisi terbabit.

Bagaimanapun, anda tidak patut percaya dan terima bulat-bulat apa yang agen takaful anda katakan dan sarankan. Selidiki sendiri!

Jika perlu atau masih keliru berkenaan cara Pembatalan polisi insurans takaful, anda boleh hubungi Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (BNMLINK), Bank Negara Malaysia di talian 1-300-88-5465.

Apa pun, cermatlah dalam membuat keputusan membatalkan polisi takaful sedia ada.

Pastikan tindakan itu tidak menyebabkan anda perlu menanggung kerugian yang banyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *