5 Langkah Cara Daftar Sspn Online

5 Langkah Cara Daftar Sspn Online

Disini menerangkan 5 langkah cara daftar Sspn Online, mudah dan tiada cas tambahan. Tetapi sebelum itu perlu ketahui serba sedikit berkenaan SSPN dan menjadi pilihan utama ibubapa untuk membuat simpanan untuk anak-anak.

Apakah SSPN-i Plus?

SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif.

SSPN-i Plus mengguna pakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran sumbangan takaful adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.

 Apakah keistimewaan SSPN-i Plus?

SSPN-i Plus mempunyai pelbagai keistimewaan iaitu:

  • Patuh syariah.
  • Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM15,000.00 setahun.
  • Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
  • Manfaat bagi kematian/ keilatan kekal( kemalangan) sehingga RM1,000,000.00.
  • Tiada pemeriksaan kesihatan.
  • Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
  • Khairat kematian termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak.
  • Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal.
  • Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari.
  • Layak memohon pinjaman PTPTN.
  • Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
  • Simpanan dijamin kerajaan.

5 Langkah Cara Daftar Sspn Online

Apakah pakej yang ditawarkan melalui SSPN-i Plus?

SSPN-i Plus menawarkan enam (6) pakej pilihan dengan komitmen terendah sebanyak RM30 sebulan.

Pakej yang ditawarkan adalah seperti jadual:

5 Langkah Cara Daftar Sspn Online

Bilakah pengeluaran simpanan dapat dibuat ?

Simpanan hanya boleh dikeluarkan selepas tiga (3) tahun dari tarikh pembukaan akaun
dan jumlah minimum yang perlu ada di dalam akaun adalah sebanyak RM1,000.

Selepas tempoh tiga (3) tahun tersebut, pendeposit boleh membuat pengeluaran pada
bila-bila masa dan masih tertakluk dengan syarat baki minimum yang ditetapkan.

Baca juga : Hibah Takaful Pasangan RM200,000 – RM89 Sebulan

5 Langkah Cara Daftar Sspn Online

Klik website untuk info lebih lanjut https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/

Pilih pembukaan Akaun

Cara Daftar Sspn Online

1.langkah pertama masukkan no ic anda dan anak anda.

Cara Daftar Sspn Online
– pilih pakej SSPN-i Plus pilihan anda,

– ada pakej RM30, 50, 100, 200, 300, 500.

2. Lengkapkan butiran diri anda dan anak anda.

3.Pilih sama ada mahu lakukan potongan autodebit, direct debit atau potong gaji bagi potongan berkala.

4.Lakukan deposit pembayaran pembukaan akaun.

5. selesai urusan simpan resit dan salinan pembukaan akaun.

Bagi pembukaan akaun memerlukan deposit sebanyak 2 bulan mengikut pakej.

Autodebit bank yang diterima: maybank, rhb, bank islam dan bsn.

Jika tidak mempunyai 4 jenis bank di atas, anda pilih direct debit.

Segala urusan pendaftaran hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit. Mudah dan selamat.

Ini adalah cara daftar Sspn Online tanpa perlu pergi kaunter.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *