6 Jenis Perlindungan Takaful Yang Terdapat Dipasaran
Dipasaran terdapat pelbagai jenis perlindungan takaful yang ditawarakan setiap syarikat.
Setiap jenis perlindungan atau manfaat takaful mempunyai fungsi berbeza-beza.
Jom kita lihat apa perbezaan setiap satu.
1) PAMPASAN AKIBAT KEMATIAN (POLISI HAYATÂ atau LIFE TAKAFUL)
Plan ini adalah plan asas dalam takaful, dimana pampasan hanya akan dibayar apabila orang dilindungi meninggal dunia.
Bayaran adalah kepada waris.
Ramai juga menggunakan istilah hibah takaful kerana duit pampasan akan dihibahkan kepada waris yang dinamakan.
2) PAMPASAN AKIBAT PENYAKIT KRITIKAL
Manfaat perlindungan ini adalah plan tambahan kepada plan asas dimana nilai pampasan akan dibayar kepada orang yang dilindungi apabila orang dilindungi menghidap penyakit kritikal tahap akhir.
Terdapat juga syarikat yang memberikan pampasan pada peringkat awal penyakit.
Statistik kematian di Malaysia menunjukkan 74% kematian adalah berpunca daripada penyakit kritikal.
3) KAD PERUBATAN (MEDICAL CARD)
Manfaat kad perubatan adalah membolehkan peserta menggunakan perkhidmatan rawatan hospital swasta dengan kos rawatan ditanggung oleh pihak takaful.
4) BAYARAN TUNAI HARIAN (HOSPITAL INCOME BENEFIT)
Plan ini adalah plan yang memberikan bayaran harian kepada orang yang dilindungi jika dimasukkan ke hospital disebabkan oleh penyakit atau kemalangan.
5) PENGECUALIAN SUMBANGAN (WAIVER)
Plan ini adalah plan yang akan menguruskan (membayar) sumbangan takaful pada masa akan datang sekiranya orang yang dilindungi menghidap salah satu daripada penyakit kritikal yang disenaraikan pada keterukan tertentu.
6) PERLINDUNGAN KEMALANGAN PERIBADI (PERSONAL ACCIDENT PA)
Plan ini adalah plan yang memberi pampasan berpunca daripada kemalangan sahaja.
Terdapat 2 jenis bagi perlindungan plan ini dimana plan asas hanya membayar pampasan kematian akibat kemalangan sahaja dan bagi plan komprehensif pula pampasan akan dibayar mengikut peratusan kecacatan yang dialami berpunca dari kemalangan sahaja.
Contoh bagi kes kehilangan penglihatan sebelah mata sebanyak 50% daripada jumlah nilai pampasan akan dibayar. Satu ruas bagi ibu jari 10% dan 25% bagi dua ruas.