Hibah bemaksud hadiah,
Hibah takaful pula adalah hadiah (pampasan kematian) yang akan diberikan kepada orang yang tersayang (penama) tanpa wasiat & tidak tertakluk kepada hukum faraid jika pemegang takaful itu meninggal dunia.
Penerima hibah merupakan pemilik sepenuhnya wang sijil (milik penuh /mutlak).
Penerima hibah tidak terhad kepada ahli keluarga.
Pemengang sijil takaful boleh menamakan anak angkat, sahabat atau sesiapa sahaja sebagai penerima hibah.
Pampasan sijil tidak termasuk sebahagian dari harta pusaka.
Oleh itu , penerima hibah tidak perlu menunggu proses pembahagian harta pusaka yang lama.
Walaubagaimanapun, Hibah Takaful boleh terbatal disebabkan 6 perkara ini :
1. Kematian disebabkan oleh sakit sedia ada. Sebagai contoh, baru tiga hari menyertai takaful, sudah meninggal disebabkan sakit sedia ada, hibah takaful akan terbatal. Ia tertakluk kepada pengecualian sijil.
2. Kematian dalam tempoh menunggu sijil takaful. Setiap pelan hibah takaful mempunyai tempoh menunggu tersendiri, kebanyakkan tempoh menunggu kematian disebabkan oleh kemalangan adalah 24 jam manakala tempoh menunggu untuk penyakit dan semulajadi adalah 30 hari. Perlu rujuk kepada sijil masing-masing.
3. Kematian disebabkan darurat seperti peperangan atau pemberontakan. Ini jarang berlaku.
4. Caruman atau sumbangan tidak dibayar secara konsisten menyebabkan masalah tempoh matang sijil dan menyebabkan status sijil tidak aktif.
5. Pencarum atau orang dilindungi disahkan lumpuh sepenuhnya (TPD). Pampasan takaful dikeluarkan, dan secara automatik pampasan hibah yang dihibahkan kepada penerima hibah terbatal. Ini disebabkan oleh manfaat kematian dan lumpuh (TPD), hanya skali tuntut sahaja.
6. Terbatal kerana wujud Absolut Assignment ke atas harta takaful yang sama. Ini biasa terjadi jika polisi takaful dijadikan sebagai MLTT.
Itu antara punca utama yang sering berlaku yang boleh menyebabkan sijil takaful hibah terbatal.
Jadi anda juga dinasihatkan untuk memeriksa polisi insurans anda bagi memastikan ianya kekal relevan.
Sebelum memohon mana pelan Takaful, pastikan anda dapatkan penjelasan dari ejen Takaful mengenai perlindungan yang ditawarkan oleh pelan tersebut.