Apa Itu Hibah Takaful ?

apa itu hibah takaful

Apa Itu Hibah ? 

Sebelum kita berbicara berkenaan apa itu hibah takaful, kita perlu tahu apa itu hibah.

Secara asasnya, hibah ialah pemberian sukarela daripada pemberi kepada penerima yang dibuat atas dasar kasih sayang tanpa mengharap sebarang bentuk balasan.

Ia boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita ingini sama ada waris atau bukan waris.

Perlu diingat, kesan daripada hibah, semua harta yang sudah dihibah akan terkeluar daripada harta pusaka dan tidak akan diagih kepada waris mengikut hukum faraid.

Apa Itu Hibah Takaful ? 

Apabila kita melanggan produk takaful, kita diberi pilihan untuk membuat Hibah atau Penama diakhir borang langganan.

Ini perlu bagi memudahkan pihak syarikat menguruskan pampasan kematian sekiranya peserta ditimpa musibah.

Hampir semua syarikat takaful di Malaysia boleh buat hibah atau penama.

Note : Hibah tidak boleh dibuat melalui produk insurans konvensional

Mana lebih baik, Hibah atau Penama dalam takaful ?

Sebelum itu, jom kita fahami makna apa itu faraid dan hibah.

Faraid bermaksud ketetapan.

Faraid dalam makna syarak ialah pembahagian harta pusaka apabila seseorang Islam meninggal dunia yang telah ditetapkan di bawah hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah seperti anak, suami, isteri, ibu dan bapa.

Harta pusaka akan dibahagikan kepada ahli waris selepas harta yang ditinggalkan ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang dan menunaikan wasiat yang dibenarkan oleh syarak.

Hibah ialah suatu anugerah, pemberian atau hadiah yang melibatkan suatu akad yang mengandungi pemberiaan hak milik oleh pemberi harta kepada seseorang secara rela hati semasa hayatnya atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengaharapkan balasan atau tukaran.

Semua harta yang telah dihibahkan akan terkeluar dari harta pusaka dan tidak akan diagihkan kepada waris mengikut hukum faraid.

Pemberian harta melalui hibah atau faraid mempunyai kelebihan masing-masing dan saling melengkapi.

Melalui hibah, seseorang boleh menghibahkan hartanya kepada sesiapa sahaja yang beliau kehendaki semasa beliau masih hidup, sama ada hibah tersebut dibuat kepada waris atau bukan waris beliau.

Sebagai contoh, sekiranya seorang suami ingin menghibahkan keselurahan manfaat takaful kepada isterinya, maka isterinya itu akan mendapat keseluruhan jumlah perlindungan tersebut.

Hal ini kerana penerima hibah telah ditentukan ketika peserta masih hidup.

Bagi si isteri pula dia menerima manfaat takaful berasaskan konsep hibah bersyarat dimana manfaat tersebut akan diberikan secara terus dan dipindah milik kepadanya setelah suami meninggal dunia dan tidak menjadi sebahagian harta pusaka peserta.

Bagaimana pulak sebaliknya, jika suami melantik isteri sebagai wasi atau pemegang amanah (penama), maka tanggungjawab isteri untuk membahagikan wang daripada jumlah perlindungan kepada waris secara faraid.

Perlu difahami bahawa, hibah bukanlah salah satu produk yang dipromosikan oleh syarikat takaful,

tetapi ianya adalah salah satu elemen yang diterapkan bagi memberikan manfaat kepada peserta takaful.

Ia hanya konsep tambahan kepada produk-produk takaful dan diamalkan oleh kebanyakan pengendali Takaful.

Ada elemen lain yang perlu diutamakan seperti objektif pelan takaful kita.

Adakah tercapai matlamat kita atau tidak.

Matlamat utama penyertaan seseorang pencarum ke dalam mana-mana pelan takaful adalah untuk memberi perlindungan kepada diri dan keluarga yang berada di bawah tanggungan peserta apabila berlaku kematian atau keilatan ke atas peserta.

apa itu hibah takaful

Hibah Takaful Boleh Terbatal ? 

Hibah Takaful boleh terbatal disebabkan 6 perkara ini :

1. Kematian disebabkan oleh sakit sedia ada. Sebagai contoh, baru tiga hari menyertai takaful, sudah meninggal disebabkan sakit sedia ada, hibah takaful akan terbatal. Ia tertakluk kepada pengecualian sijil.

2. Kematian dalam tempoh menunggu sijil takaful. Setiap pelan hibah takaful mempunyai tempoh menunggu tersendiri, kebanyakkan tempoh menunggu kematian disebabkan oleh kemalangan adalah 24 jam manakala tempoh menunggu untuk penyakit dan semulajadi adalah 30 hari. Perlu rujuk kepada sijil masing-masing.

3. Kematian disebabkan darurat seperti peperangan atau pemberontakan. Ini jarang berlaku.

4. Caruman atau sumbangan tidak dibayar secara konsisten menyebabkan masalah tempoh matang sijil dan menyebabkan status sijil tidak aktif.

5. Pencarum atau orang dilindungi disahkan lumpuh sepenuhnya (TPD). Pampasan takaful dikeluarkan, dan secara automatik pampasan hibah yang dihibahkan kepada penerima hibah terbatal. Ini disebabkan oleh manfaat kematian dan lumpuh (TPD), hanya skali tuntut sahaja.

6. Terbatal kerana wujud Absolut Assignment ke atas harta takaful yang sama. Ini biasa terjadi jika polisi takaful dijadikan sebagai MLTT.

Jadi, anda juga dinasihatkan untuk memeriksa polisi insurans anda bagi memastikan ianya kekal relevan.

Sebelum memohon mana pelan Takaful, pastikan anda dapatkan penjelasan dari ejen Takaful mengenai perlindungan yang ditawarkan oleh pelan tersebut.

apa itu hibah takaful ikhlas

Dapatkan plan Hibah takaful Ikhlas bermula caruman bulanan RM46 disini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *