Mungkin ramai belum sedar kewujudan produk takaful ini di pasaran, yang dinamakan sebagai Perlindungan Tenang.
Perlindungan Tenang dilancarkan pada bulan November 2017 bagi menggalakkan pengendali takaful menawarkan produk-produk mampu milik, mudah diakses dan mudah difahami.
Inisiatif ini disasarkan untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan dan takaful, khususnya kumpulan pendapatan isi rumah 40% terendah (B40).
Pada masa ini, sebanyak 10 penanggung insurans dan pengendali takaful menawarkan produk Perlindungan Tenang.
Caruman untuk produk takaful keluarga di bawah Perlindungan Tenang adalah antara RM5 hingga RM13 sebulanĀ untuk jumlah perlindungan antara RM7,500 hingga RM40,000.
Pengumuman Baucar Perlindungan Tenang sebanyak RM50 kepada kumpulan isi rumah B40 dan pengecualian duti setem bagi pembelian produk Perlindungan Tenang untuk tempoh lima tahun lagi hingga ke tahun 2025 akan memberi manfaat kepada kira-kira 12.8 juta isi rumah B40 di negara ini.
Pengumuman ini dijangka mengurangkan lagi kos pembelian dan seterusnya menggalakkan penyertaan yang lebih tinggi.
Baca juga : Apa Itu Hibah Takaful ?
Ringkasan Perlindungan Tenang
- Ringkas dan mudah faham
- Mudah disertai
- Proses tuntutan yang mudah
- Perlindungan takaful bermula dari RM7500 sehingga RM40000
- Caruman serendah RM39 setahun (bergantung kepada umur, pekerjaan dan jantina)
- Cara bayaran adalah tahunan dan bulanan.
- Ia perlu di renew setahun sekali.
- Cara memohon boleh secara online dan ada secara offline, boleh rujuk gambar dibawah
maklumat lanjut boleh rujuk siniĀ