Apakah Hukum Faraid Jika Ayah Meninggal ?

Hukum Faraid Jika Ayah Meninggal

 

Apakah hukum faraid jika ayah meninggal, apa yang perlu saya lakukan ke atas harta yang ditinggalkan?

Persoalan ini sering menjadi tanda tanya bagi pihak waris, apa yang perlu dilakukan mengikut hukum faraid.

Sebab-sebab pembahagian perlu disegerakan :

  1. Untuk mengelak memakan harta dengan cara yang tidak sah
  2. Hutang tidak dijelaskan dengan segera
  3. wasiat tidak disempurnakan dengan segera
  4. bilangan waris bertambah ramai akibat kematian berlapis
  5. pembahagian yang salah akibat lupa keterangan yang sebenar
  6. harta tidak terurus atau terbiar
  7. urusniaga tidak dapat dijalankan

Seperti sedia maklum, jika seseorang itu meninggal dunia secara tak langsung apa sahaja aset-aset yang dimiliki atas nama beliau terus beku.

Apabila ini berlaku, aset-aset tersebut perlu dicairkan supaya barulah boleh diagihkan kepada waris.

Proses ini tertakluk jika ada melakukan wasiat atau tidak.

Sudah tentu proses ini memerlukan kos, terutama kos guaman.

Selepas aset-aset itu sudah dicairkan, bukan terus diberi kepada si waris.

Proses pembahagian harta pusaka ini perlulah melalui tertib-tertib pengurusan harta pusaka terlebih dahulu.

Ada beberapa perkara WAJIB  ditunaikan sebelum membuat pembahagian mengikut hukum faraid :

  1. Mengurus jenazah (Kos kebumi) – menyelesaikan segala kos perbelanjaan pengurusan jenazah.
  2. Melangsaikan segala hutang – Penyelesaian kesemua hutang-hutang, contohnya hutang rumah yang tidak lengkap bersama perlindungan MLTT yang secukupnya. Hutang kereta dan motor. Hutang kad kredit. Hutang PTPTN. Hutang ‘personal loan’ dan lain-lain jika ada.
  3. Menunaikan segala wasiat dengan syarat ( tidak diwasiatkan kepada ahli waris, tidak mewasiatkan sesuatu yang haram , tidak lebih daripada 1/3 harta bersih ).
  4. Melangsaikan segala harta sepencarian

Selesai empat (4) perkara diatas, disini bermula menentukan apakah hukum faraid.

Anda hendaklah memohon pembahagian faraid terhadap harta tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah

Ada tiga golongan ahli waris yang melayakkan mereka menerima harta pusaka :

  1. Pertalian darah
  2. Perkahwinan
  3. Islam

Gambar rajah dibawah menunjukkan pembahagian mudah mengikuh hukum faraid jika ayah meninggal

Atau nak lebih mudah, boleh menggunakan kalkulator pengiraan faraid disini 

Hukum Faraid Jika Ayah Meninggal

Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan sijil faraid di Mahkamah Syariah?

Dokumen yang diperlukan ialah:

i) Borang permohonan yang lengkap.
ii) Salinan sijil mati si mati atau surat akuan.
iii) Salinan kad pengenalan waris-waris/sijil kelahiran atau surat akuan.
iv) Salinan geran harta/buku akuan/penyata.
v) Sijil nilaian harta jika ada.
vi) Wang proses mengikut nilai penuh harta pusaka (RM30.00/RM20.00/RM10.00)

Secara mudah untuk lebih faham adalah mengikut gambar rajah ini :

Persoalannya, berapakah nilai yang sebenar akan dapat kepada  waris yang ditinggalkan?

Banyak kes berlaku, akhir sekali duit yang sampai ke tangan waris nilainya amat sedikit disebabkan hutang-hutang tadi.

Bagaimana dengan nasib waris? Terutama anak-anak dan isteri? Kalau begini ceritanya, isteri dan anak  akan terpaksa mulakan balik kehidupan.

Kena kumpul balik harta-harta, makanya niat awal tadi bekerja kuat nak jamin masa depan
cerah untuk anak-anak dan keluarga tidak kesampaian.

Katakan individu yang sama buat satu pelan takaful.

Nilai takaful (pampasan takaful) tadi tak perlu melalui empat proses yang tadi itu melalui kaedah hibah takaful.

Dapatkan plan hibah takaful terbaik bermula RM46 sebulan disini

Insurans Nyawa Dan Takaful Hayat Terbaik

14 Replies to “Apakah Hukum Faraid Jika Ayah Meninggal ?”

  1. Salam . Saya ada soalan nak tanya tapi sebelum tu, saya nak cerita serba sedikit situasi yg berkaitan. Arwah saya dah meninggal sejak beberapa tahun yg lalu. Arwah ayah ada pinjamkan duit kpd seseorang. Sekarang ni orang yg meminjam nak bayar balik. Kami adalah 4 beradik(semua perempuan) dan adik-beradik arwah ayah iaitu bapa saudara kami (ada 5 orang yg masih hidup). Arwah ayah seorang duda. Soalan saya ; 1. Siapa yg patut terima duit arwah ayah dari peminjam tersebut. Anak² atau bapa saudara? 2. Apakah bapa² saudara kami juga termasuk sebagai waris dan harus dibahagikan duit tersebut ikut hukum faraid? Mohon penjelasan Tuan. Terima kasih. BarakAllahu fik.

    1. Wasalam, moga di permudahkan urusan Puan sekeluarga.

      Ini jawapan saya berdasarkan maklumat yang Puan sertakan, Duit yang dipinjamkan itu akan jadi harga pusaka,
      Ia perlu di agihkan mengikut harta pusaka.

  2. Asalamualaikum.ayah saya baru meninggal.saya cuba menguruskan harta peninggalan dan cuba menyelesaikan hutang piutang.Arwah ada saham dan simpanan di koperasi.adakah ia perlu di masukkan dalam harta pusaka..t kasih

  3. Salam, semenjak ayah saya meninggal.. ibu menyuruh kami adik beradik utk bersetuju utk menyerahkan semua harta ayah pada ibu. Kami akur, dan bersetuju. Adakah cara itu betul? Takut ibu saya tersalah. Kami redha

    1. wasalam,
      cara paling baik, masing-masing perlu tahu hak/jumlah faraid yang akan dapat.
      Selepas itu, baru semua boleh bersetuju untuk melepaskan hak faraid kepada seseorang.
      Tetapi ia bergantung kepada perbincangan ahli keluarga.

  4. Salam Tuan..Saya nak bertanya,arwah bapa mertua mempunyai rumah dan ketika arwah masih hidup,rumah tersebut telah diletakkan dua nama iaitu nama SUAMI dan salah seorang abg ipar manakala Ibu mertua masih hidup dan SUAMI pula mempunyai 10 orang adik beradik iaitu 5 org lelaki dan 5 org perempuan.
    Soalan sy, sekiranya ibu mertua meninggal dunia,apakah status rumah tersebut dan adakah ianya dikategorikan sebagai harta pusaka serta layakkah adik beradik lain membuat tuntutan kerana mereka tidak memberi sebarang sumbangan dari segi bayaran ansuran bulanan rumah tersebut? Terima kasih.

    1. wasalam,
      Jika rumah sudah bertukar nama/hakmilik dari ayah kepada anak sebelum meninggal, jadi ia bukan lagi harta pusaka si ayah.
      Tetapi ia bergantung kepada perbincangan ahli keluarga.

  5. Salam Tuan, sekiranya geran rumah belum ditukarkan kepada dua penama,adakah ianya dianggap harta pusaka dan perlukah difaraid?adakah ibu mertua juga turut tergolong dalam hak penerima harta pusaka tersebut?Sekian soalan saya,terima kasih.

    1. Ya betul. tetapi proses penukaran nama diperlukan untuk memudahkan urusan agihan harta. untuk ibu mertua, perlu rujuk kepada sijil faraid nanti.

  6. Ayah saya baru meninggal dunia. Meninggalkan isteri (ibu tiri saya) anak-anak lelaki dan perempuan. Ibu tiri saya ingin membuat tuntutan harta sepencarian dan ingin menuntut 1/2 dari harta ayah saya.
    Ayah saya berkahwin dengan ibu saya dan ibu saya telah meninggal. Mendapat 3 anak. Harta ibu saya dimiliki semua oleh ayah saya selepas kematian tersebut. Tidak di faraidkan kapada anak-anak. Kemudian dia berkahwin dengan ibu tiri saya ini dan dikurniakan anak lelaki dan perempuan.
    Soalan saya;
    1. Bolehkan (berhakkah) ibu tiri saya menuntut harta sepencarian? Semasa kahwin dia tiada sebarang harta dan dia adalah suri rumah sepenuh masa.
    2. Saya menentang tuntutan harta sepencarian tersebut. Kerana harta-harta ayah saya itu adalah berpunca dari harta pusaka kematian ibu saya.
    3. Adakah harta sepencarian bernilai 1/2 atau boleh kurang dari itu?
    4. Bagaimana kaedah tuntutan harta sepencarian dan proses saya untuk menghalangnya?

    Terima kasih.

    1. Berkenaan ini, adalah lebih baik Tuan/Cik Puan rujuk kepada jabatan pengurusan harta pusaka.
      Pihak berkenaan akan bantu Cik sekeluarga sebab untuk selesaikan harta sepencarian ini memerlukan maklumat tambahan lain untuk di selesaikan.
      Boleh rujuk kepada jabatan agama.

  7. salam tuan… ayah saya telah meninggal beberapa tahun lalu… saya tidak pernah diberitahu tentang faraid terhadap harta bapa saya samada oleh ibu mahupun adik beradik yg lain… namun saya muskil bagaimana harta yang didaftar atas nama ayah saya boleh dijual dan ditukar hakmilik tanpa pengetahuan saya…saya agak tertekan memikirkan hal itu… bagaimana untuk saya mengetahui tentang adakah faraid ayah saya telah dibuat tanpa pengetahuan saya.. saya tidak mahu berlaku petengkaran atas perkara ini… tuan ade cadangan solusi untuk perkara ini.. terima kasih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *