Peserta takaful dapat membina “passive income” atau pendapatan pasif kepada beliau atau dan keluarganya sekiranya berlaku musibah kematian atau lumpuh kepada pemegang polisi melalui pelan income protection takaful.
Bagaimana nak menyediakan Pasif income RM1000 sebulan?
RM1,000 sebulan bersamaan RM12,000 setahun.
Untuk menghasilkan pendapatan setahun RM12,000 , kita perlu sediakan satu jumlah dana dan dimasukkan ke dalam satu instrument kewangan yang dapat memberi keuntungan sebanyak RM12,000 setahun.
Contoh instrument kewangan yang paling mudah adalah Tabung Haji yang pernah memberi pulangan sebanyak 6% hingga 8 %.
Untuk mendapatkan pulangan dengan ROI 6% yang menyamai RM12,000 setahun adalah RM200,000.
Cara kira :
RM12,000 / 6% = RM 200,000
Ini bermakna, dana sebanyak RM200,000 diperlukan untuk diletakkan dalam Tabung Haji bagi menjana pendapatan pasif / passive income sebanyak RM12,000 setiap tahun.
Jadi, melalui kaedah ini, seseorang perlu mempunyai perlindungan sebanyak RM200,000 supaya sekiranya berlaku kematian atau lumpuh, wang pampasan RM200,000 tadi dapat digunakan untuk menghasilkan pendapatan pasif sebanyak RM1,000 sebulan.
Kelebihan kaedah ini adalah wang pampasan tidak akan menyusut kerana wang yang diambil hanyalah wang keuntungan sahaja.
Bagaimana Hibah RM1,000 terhasil?
Pampasan RM200,000 akan diberi kepada penerima hibah, penerima akan simpan 100% pampasan di Tabung Haji. Setiap tahun penerima hibah akan mendapat keuntungan sebanyak RM12,000. Pendapatan pasif ini berkekalan sepanjang hayat sekiranya modal RM200,000 tidak berkurang.
Berapa kos diperlukan untuk sediakan dana kecemasan RM200,000?
Hanya RM1,200 setahun sahaja untuk peserta berumur 30.
Ini hanya salah satu konsep pengurusan manfaat dari takaful.
Peserta perlu mendidik penerima hibah.