Tiga Quotation takaful, Mana satu nak pilih Plan takaful terbaik?
Apabila kita ingin melanggan atau membeli sesuatu, pasti kita buat tinjauan terlebih dahulu, dalam bahasa orang puteh “survey”.
Sama juga dalam memilih pelan takaful terbaik untuk diri dan keluarga. Kita akan mencari pelan yang sesuai dengan keadaan dan kewangan keluarga.
Di Malaysia terdapat lebih 10 syarikat Takaful. Kita boleh meminta sebutharga (quotation) secara percuma sahaja. Tetapi jangan lah minta 10 sebutharga syarikat berbeza, cukup 3 sahaja.
Dan saya sarankan minta sebutharga secara “face to face”. Iaitu membuat temujanji dengan agen takaful.
Sebelum anda minta sebutharga, pastikan anda ada satu spesifikasi pelan takaful yang menjadi keutamaan kepada anda dan keluarga.
Tujuannya, untuk memudahkan anda membuat perbandingan dalam memilih pelan yang terbaik untuk anda.
Antara contoh spesifikasi Takaful:
1. Manfaat Hayat
2. Manfaat Sakit Kritikal (Tahap awal / akhir)
3. Manfaat Medical Card ( Harga bilik, Limit Tahunan, Limit Seumur hidup )
4. Manfaat Hospital Elaun

Seperti contoh dalam gambar, tempoh hari saya bantu beliau dalam memilih pelan takaful seperti beliau perlukan.
Spesifikasi yang beliau tetapkan adalah bulanan RM 170 sebab mengikut perkiraan beliau itu bajet untuk takaful dan ada manfaat hayat, sakit kritikal, medical card dan hospital elaun.
Setiap orang ada mempunyai spesifikasi berbeza, tiada yang sama.
Mahal atau murah adalah subjektif dalam memilih pelan takaful.
Pelan takaful terbaik adalah pilihan anda dan dibayar carumannya.
Plan your wealth Change your life
.
P/S : Abaikan tulis doktor yang tidak bertauliah
Dapatkan perlindungan pendapatan –> Income Protection plan Takaful lengkap
Memerlukan medical card takaful — > Medical card tanpa limit tahunan