Cara Memohon Khairat Kematian Kwsp

Khairat Kematian Kwsp

 

Seperti kita ketahui, bahawa waris boleh memohon khairat kematian KWSP setelah pencarum meninggal dunia.

Bagi ahli beragama Islam, penamaan yang dibuat akan terhenti sekiranya penama tidak membuat permohonan pengeluaran dalam tempoh 1 tahun dari tarikh kematian ahli atau penama berumur kurang dari 18 tahun semasa permohonan pengeluaran dibuat

Apa itu Khairat Kematian ?

Khairat kematian pada kebiasaannya ialah wang yang dikumpul daripada pencarum yang tinggal di sesuatu kawasan (ahli dan anak kariah) pada kadar tertentu dan diberikan kepada waris seseorang yang meninggal dunia apabila berlaku kematian.

Fokusnya untuk bantu proses dan kos jenazah dan boleh bantu waris teruskan kehidupan kalau ada kematian secara tiba-tiba.

Apa itu Khairat Kematian KWSP ?

Bantuan Kematian merupakan tanda simpati KWSP terhadap waris terdekat ahli (atas budi bicara KWSP).

Bayaran sebanyak RM2,500 dibayar sekali sahaja kepada “orang tanggungan ahli” yang layak (balu/duda, anak, atau ibu bapa ahli tertakluk kepada status perkahwinan ahli).

*KWSP berhak mempertimbangkan keputusan akhir berkaitan dengan bayaran Bantuan Kematian.

Apa kelayakkan untuk memohon ?

  1. Ahli yang telah meninggal dunia adalah Warganegara, Penduduk Tetap (PR) dan Bukan Warganegara (yang mendaftar sebelum 1 Ogos 1998)
  2. Orang tanggungan ahli (balu/duda/anak/ibu bapa) Tertakluk kepada status perkahwinan ahli
  3. Permohonan mesti diterima dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli
  4. Ahli mati sebelum mencapai umur 60 tahun
  5. Ahli masih mempunyai simpanan KWSP

Siapa Yang Boleh Memohon ?

  1. Penama
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas

Apakah Document yang perlu disediakan ?

  1. Borang Pengeluaran KWSP 9KM (AHL)
  2. Sijil Kematian Ahli
  3. Kad Pengenalan Diri Pemohon
  4. Buku Bank / Penyata Akaun Simpanan
  5. Sijil lahir pemohon
  6. Sijil Kelahiran Ahli
  7. Sijil Nikah / Sijil Perkahwinan Ahli / Cabutan Daftar Perkahwinan
  8. Surat Kuasa
  9. Penama Meninggal Dunia

Baca : Pelan Hibah Takaful Terbaik RM46 Sebulan

Document WAJIB disediakan

  1. Surat Kuasa (jika tiada penamaan) Surat Kuasa Mentadbir / Probet (Mahkamah Tinggi) ATAU
  2. Perintah Pembahagian (Pejabat Tanah) ATAU
  3. Sijil / Perintah Faraid (Mahkamah Syariah) ATAU
  4. Surat Kuasa Amanah Raya Berhad (ARB)
  5. Bukti Pertalian
  6. Dokumen-dokumen lain yang ditetapkan oleh KWSP

Kaedah bayaran

Bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemohon

Rujuk lampiran disini

Cara Memohon Khairat Kematian Kwsp

Cara Memohon Khairat Kematian Kwsp

Cara Memohon Khairat Kematian Kwsp

Khairat Kematian Kwsp

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *