Cara Memohon Sistem Insurans Pekerjaan Untuk Bekerja Sendiri SOCSO

 

Sistem Insurans Pekerjaan

Seperti yang telah diwarwarkan awal tahun 2020 baru ni, Perkeso telah melancarkan Sistem Insurans Pekerjaan Untuk Bekerja Sendiri SOCSO.

Cara memohon sistem insurans pekerjaan untuk bekerja sendiri adalah sangat mudah, boleh secara online sahaja dan mudah lulus.

Bermula pada  1 Januari 2020, perlindungan Sistem Insurans Pekerjaan Untuk Bekerja Sendiri telah diperkedgnalkan dan diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain, iaitu

  • Pengangkutan Barangan dan Makanan
  • Pertanian
  • Penternakan
  • Perhutanan
  • Perikanan
  • Makanan
  • Pembuatan
  • Pembinaan
  • Penjaja
  • Premis Penginapan
  • Perniagaan Online
  • Teknologi Maklumat
  • Pemprosesan Data
  • Ejen
  • Perkhidmatan Profesional
  • Perkhidmatan Sokongan
  • Kesenian
  • Perkhidmatan Isi Rumah
  • Penjagaan Perawatan dan Pemulihan Kesihatan

Individu bekerja sendiri yang mencarum di bawah skim ini akan mendapat perlindungan bermula dari tarikh dan masa caruman dibayar dan diperakui menerusi resit bayaran caruman.

Kenapa sistem insurans pekerjaan untuk bekerja sendiri perlu dimiliki ?

Skim ini memberi perlindungan kepada orang  bekerja sendiri daripada musibah pekerjaan sendiri seperti penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.

Musibah pekerjaan sendiri adalah kecederaan diri pada orang berinsurans bekerja sendiri yang disebabkan oleh suatu kemalangan atau suatu penyakit pekerjaan akibat daripada dan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendirinya termasuk semasa dalam perjalanan yang berkaitan dengan aktiviti pekerjaan sendirinya.

Penyakit pekerjaan adalah penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual Kelima Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Jenis peyakit yang dilindungi boleh rujuk sini

Skim ini juga ada menyediakan faedah tunai kepada orang berinsurans bekerja sendiri dan tanggungannya di samping menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.

Siapa yang layak memohon Sistem Insurans Pekerjaan ini ?

  1. Warganegara Malaysia / permastautin tetap tanpa mengira had umur
  2. Individu yang menjalankan pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah.

Dokument yang perlu disediakan ?

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Salinan kad PSV / profil e-hailing / permit / lesen / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih.

Cara bayaran untuk skim ini ?

  1. Pembayaran caruman secara tahunan atau bulanan.
  2. Kaedah pembayaran secara tunai boleh dibuat di semua pejabat PERKESO .
  3. Kaedah online melalui perbankan internet di https://matrix.perkeso.gov.my/.

Berapakah caruman bulanan atau tahunan untuk skim ini ?

Kadar caruman adalah berdasarkan pendapatan bulanan pilihan yang diinsuranskan seperti dibawah:

Apa faedah yang disediakan dalam skim ini ?

• Faedah Perubatan
• Faedah Hilang Upaya Sementara
• Faedah Hilang Upaya Kekal
• Elaun Layanan Sentiasa
• Faedah Orang Tanggungan
• Faedah Pengurusan Mayat
• Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional
• Faedah Pendidikan

Faedah perubatan yang disediakan ?

• Orang berinsurans bekerja sendiri yang ditimpa bencana pekerjaan sendiri boleh mendapat rawatan perubatan secara percuma di klinik panel PERKESO atau klinik / hospital Kerajaan; atau
• Membuat tuntutan bayaran ganti belanja kos
rawatan di Pejabat PERKESO

Apa maksud faedah hilang upaya sementara ?

• Faedah Hilang Upaya Sementara dibayar kepada orang berinsurans bekerja sendiri sepanjang tempoh cuti sakitnya yang disahkan oleh doktor dan mestilah sekurang-kurangnya empat (4) hari termasuk hari kemalangan.
• Perlu mengemukakan sijil cuti sakit.
• Kadar bayaran RM30.00 – RM105.33 sehari berdasarkan pelan caruman yang dipilih.

Manfaat lain boleh rujuk gambar ini :

Sistem Insurans Pekerjaan

Sistem Insurans Pekerjaan

Bagaimana cara memohon sistem insurans pekerjaan untuk bekerja sendiri ?

Sekarang kita boleh membuat pendaftaran dan pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan sistem MATRIX.

MATRIX ialah satu projek yang inovatif yang diusahakan oleh PERKESO (PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL).

Ia membenarkan yang bekerja sendiri untuk mendaftar dan menyemak status skim, dan membuat bayaran caruman melalui online sahaja.

Boleh rujuk gambar ini sebagai panduan atau boleh download disini

Link website : matrix

Sistem Insurans Pekerjaan Sistem Insurans Pekerjaan

Apakah alternatif kepada skim ini yang sesuai ?

Dengan memperuntukkan RM46 sahaja sebulan,  mendapat manfaat:

  • Kematian semula jadi : RM200,000
  • Kematian Sakit : RM200,000
  • Kematian Kemalangan : RM200,000
  • Lumpuh atau Kecacatan akibat sakit: RM200,000
  • Lumpuh atau Kecacatan akibat kemalangan: RM200,000
  • Tiada Had jenis pekerjaan
  • Pampasan boleh dihibahkan kepada yang tersayang.
  • Tidak memerlukan medical check-up
  • Percuma permohonan Badal Haji

Insurans Nyawa Dan Takaful Hayat Terbaik

maklumat lanjut berkenaan pelan ini boleh rujuk sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *