Adakah anda tergolong dalam golongan yang mempunyai masalah tidak tahu cara menguruskan wang dengan bijak?
Masih tak tahu cara-cara nak buat pembahagian duit gaji anda ?
Jika anda sering kehabisan duit gaji sebelum dapat duit gaji seterusnya,
ya, memang sah anda punyai masalah untuk uruskan wang dengan baik.
Nak uruskan wang dengan bijak, mestilah dilakukan dengan sistematik.
Lakukan dengan teratur.
Bukan sekadar hentam ikut suka hati, takut nanti tak terkawal pula.
Baiklah, bagi yang ingin menguruskan kewangan peribadi dengan bijak, semestinya perlu mengetahui formula fasa asas ini, iaitu:
Formula Asas Kewangan Keluarga
Pendapatan isi rumah mesti dibahagikan kepada beberapa komponen asas ini untuk dapatkan cara menguruskan wang dengan bijak, iaitu :
30% Simpanan, perlindungan takaful dan pelaburan.
30% bayaran hutang
30% belanja isi rumah
5% untuk pemberian (zakat, sedekah)
5% lain-lain.
Bayaran Hutang (30%)
Dalam peruntukan bayaran balik hutang ini, termasuk bayaran ansuran kereta, ansuran rumah dan segala jenis hutang.
Contoh hutang:
– Pinjaman Perumahan
– Pinjaman Kereta
– Kad Kredit
– Pinjaman Peribadi
– Pinjaman Belajar
Belanja Isi Rumah (30%)
Juga belanja isi rumah untuk makanan minum, pakaian, sekolah anak, barang dapur, petrol, bil-bil utiliti dan sebagainya.
Contoh perbelajaan isi rumah :
– Makan minum
– Minyak kereta
– Bil prabayar / telefon
– Bil api air
– Keperluan keluarga
Lain-Lain (30%)
Ia sebagai ekstra untuk top-up kepada bayaran balik hutang dan belanja isi rumah tadi.
Peruntukan untuk hiburan juga termasuk di sini.
Pemberian
Ia untuk zakat, sedekah, ibu bapa dan seumpamanya
Lebihan
dibahagikan kepada 3 perkara
Simpanan 10%
Takaful 10%
Pelaburan 10%
SIMPANAN (10%).
Instrumen simpanan mestilah:
a) Tiada caj dan risiko
b) Mudah cair
Kenapa perlu 2 ciri ini?
Untuk kegunaan kecemasan, kita boleh keluarkan bila-bila masa tanpa sebarang kos sampingan.
Atas dasar itu, Tabung Haji ialah tempat terbaik memandangkan ia tiada kos dan berikan pulangan 6% setahun dan ditolak zakat.
Sasaran minima simpanan, jumlah sama dengan 3 ke 6 bulan gaji.
PERLINDUNGAN (10%),
melalui takaful.
Perkara yang perlu dilindungi ialah:
a) Perlindungan pendapatan
b) Penyelesaian hutang
c) Pengekalan aset
Ketiga-tiga di atas untuk menghadapi saat-saat musibah kematian, lumpuh kekal dan sakit kritikal.
Wajib sangat buat takaful ini untuk perlindungan.
Dan pastikan cari takaful yang hanya kos 10% sahaja dari gaji bersih kita.
PELABURAN (10%),
ada pelbagai instrumen spt saham, unit trust, hartanah, emas dll.
Pelaburan, melalui kaedah:
a) Peningkatan nilai modal, dan
b) Pendapatan pasif
Jika mengikut jumlah % peruntunkan dalam formula ini, kita dapat mengurus kewangan dengan bijak.
Jika sudah tersasar atau sudah melebihi, boleh perbaiki dari sekarang.
7 Langkah membina kejayaan kewangan
1. Letakkan matlamat.
Ini adalah langkah pertama cara menguruskan wang dengan bijak
Jika matlamat kita besar halangan akan menjadi kecil.
Tapi kalau matlamat kita kecil, halangan yang mudah pun menjadi payah.
Dengan matlamat yang jelas, memudahkan kita untuk mengambil tindakan yang betul bagi menghasilkan sasaran yang diinginkan.
2. Bina mindset.
Mindset ibarat akar.
Jika ingin dapatkan buah yang ranum, perlu letakkan baja pada akar, bukan pada buah.
Tambah ilmu kewangan.
Ini cara untuk memperbaiki mindset kewangan kita.
Makin tinggi ilmu kewangan, makin mudah nak capai matlamat kewangan.
3. Buat plan tindakan
Matlamat tanpa tindakan, hanyalah mimpi.
Tindakan tanpa perancangan pula ibarat menyondol mengkhinzir buta.
Tak ada orang merancang untuk gagal.
Tapi ramai gagal untung merancang. Mengharap, bukanlah satu perancangan yang bagus.
4. Tingkatkan pendapatan
Akan sentiasa ada peluang tambah pendapatan.
Namun, pilih pendapatan yang ada potensi untuk berkembang dan meningkat.
Tidak kira anda makan gaji, kerja sendiri atau berniaga, perlu tambah sumber pendapatan melalui perniagaan baru.
Pilih perniagaan yang dapat dimulakan dengan modal rendah dengan potensi keuntungan yang tinggi.
Tingkatkan nilai diri supaya dapat memberi lebih nilai kepada orang lain dalam pekerjaan dan bisnes kita.
Nilai tambah ini mempu meningkatkan tawaran kita kepada majikan atau pun pelanggan.
5. Urus wang dan belanja
Tak kira betapa banyak pendapatan tapi kalau tak diuruskan dengan baik, akhirnya tetap sama.
Buat rekod aliran tunai untuk melihat memantau perkembangan kewangan dari masa ke masa.
Ia penting untuk melihat sama ada pelan tindakan kita berjalan sebagaimana dirancang.
6. Bina aset
Selepas berjaya meningkatkan pendapatan dan urus wang dan belanja dengan baik, barulah mudah untuk membina aset.
7. Lindungi aset
Lindungi harta dan aset dengan perlindungan takaful.
Semak dan review balik poliso takaful anda.
Pastikan coverage mencukupi. Rule of thumb, Coverage yang tinggi, dengan caruman yang rendah.
Buat perancangan pusaka dan wasiat untuk memastikan harta yang dimiliki dapat dimanfaatkan oleh waris dan tidak berlaku perebutan.