Cara Menyimpan Duit Gaji RM1000

Cara Menyimpan Duit Gaji RM1000
Bagaimana Cara Menyimpan Duit Gaji RM1000 ?

SIMPANAN merupakan satu tahap yang paling penting dalam pengurusan kewangan.

Dalam semua buku-buku pengurusan kewangan di seluruh dunia dan tempatan akan menekankan perkara ini.

Sekiranya seseorang itu gagal untuk menyimpan, maka sebenarnya dia telah gagal untuk menguruskan kewangannya dengan baik.

SIMPANAN merupakan satu tanda aras pengurusan kewangan yang baik.

Ya, untuk memperkatakannya memang mudah, tetapi untuk melaksanakannya amat-amat payah dan sukar sekali!

Namun, tiada perkara mustahil di dunia ini!

Berapakah jumlah yang sepatutnya disimpan?

Sebelum pergi kepada kaedah bagaimana cara menyimpan duit gaji RM1000 ,

Perkara pertama sekali perlu ada matlamat UTAMA terlebih dahulu.

Ia itu BIG WHY kenapa perlu menyimpan RM1000

Ada orang membuat simpanan untuk membeli rumah,

Ada orang menyimpan untuk menabung untuk pendidikan anak-anak,

Ada orang menyimpan untuk persaraan, ada orang menyimpan untuk menunaikan haji, dan sebagainya.

Contoh-contoh di atas adalah situasi  berbeza-beza tujuan simpanan tersebut.

Simpanan yang paling utama adalah untuk  DANA KECEMASAN.

Tujuan DANA KECEMASAN ini adalah untuk menyediakan kewangan yang cukup untuk memastikan kestabilan hidup seandainya kewangan kita terjejas.

Situasi yang paling memberi kesan kepada kewangan adalah kehilangan pendapatan akibat diberhentikan kerja.

Baca juga : 5 tip Memilih Pelan Hibah Takaful Terbaik

Cara Membuat Simpanan Hari Pertama Gaji

Kebiasaan apabila dapat gaji yang dilakukan adalah dengan cara;

GAJI (tolak) BELANJA = SIMPANAN.

Yakni, berbelanja dahulu selepas mendapat GAJI kemudian baru MENYIMPAN.

Sebenarnya dengan kaedah di atas, ia tidak jadi SIMPANAN, tetapi menjadi BAKI;

GAJI (tolak) PERBELANJAAN = BAKI.

Dengan kaedah ini, BAKI mungkin akan tinggal 0 akhirnya dan tiada lagi SIMPANAN.

Yang  sebetulnya ialah dengan cara;

GAJI (tolak) SIMPANAN = PERBELANJAAN.

Yakni dengan cara membuat SIMPANAN terlebih dahulu selepas menerima GAJI.

Dengan cara ini SIMPANAN akan dapat dibuat setiap bulan tanpa gagal.

Cara Menyimpan Duit Gaji RM1000

Berapa simpanan yang patut dibuat?

Mengikut cara Nabi Yusuf, jumlahnya ialah SEPARUH.

Wah, separuh?!

Oh, jika belum mampu untuk membuat SIMPANAN sebanyak SEPARUH, boleh mulakan dengan 10%.

10% juga terlalu banyak?

Jangan fokus kepada 10% yang kita simpan, tapi fokus kepada 90% yang boleh kita belanjakan.

 Cara Pembahagian Pendapatan – Urus Pendapatan dengan betul

Contoh pembahagian pendapatan untuk yang bergaji RM4000 sebulan paling idea bagi membolehkan kita membuat simpanan setiap bulan :

30 % Perbelanjaan isi rumah ( RM1200)
– sewa, minyak, makanan

30 % Pembayaran hutang (RM1200)
– hutang rumah
– hutang kereta
– PL

30 % Lebihan (RM1200)
– simpanan
– perlindungan
– pelaburan

5 % Pemberian (RM200)
– zakat
– sedakah
– cukai

5% Lain – lain (RM 200)

Secara rialiti, ia sangat susah untuk di laksanakan tanpa disiplin yang sangat tinggi.

Rancang kewangan anda dari sekarang.

Dimanakan Tempat Membuat simpanan yang terbaik ?

Simpanan perlu dilakukan di instrumen mempunyai ciri-ciri berikut;

1. Tiada risiko,
2. Tiada caj,
3. Mudah cair

Untuk lebih mudah faham,

Jika kita letak hari ini RM1000, esok ia masih RM1000, minggu depan masih sama, bulan depan masih sama.

Sebab kita tidak tahu bila berlaku situasi kecemasan.

Jadi kita perlu ketiga-tiga ciri di atas supaya kita dapat gunakannya apabila berlaku kecemasan.

Antara instrumen yang paling sesuai ialah akaun simpanan, Tabung Haji atau ASB.

Emas, unit amanah, takaful – bukan tempat yang sesuai untuk simpanan.

Jika boleh duit tabung  simpanan di tempat yang agak ‘susah’ dikeluarkan

Contohnya simpan di tempat yang susah nak keluarkan macam Tabung Haji (tiada kad ATM).

Kalau simpan dalam Tabung Haji, jangan sekali-kali ambil kemudahan pengeluaran melalui ATM Bank Islam ,Bank Rakyat atau Maybank

Kalau mudah dikeluarkan, duit tabung simpanan kita tak akan bertahan lama.

Tip menabung untuk duit simpanan paling mudah tapi paling susah untuk diamalkan adalah :

1. Simpan, dan
2. Lupa.

Yang  selalu terjadi adalah ;

1. Simpan, kemudian
2. Teringat-ingat apa yang disimpan.

Apabila “teringat-ingat” apa yang kita simpan, maka kebarangkalian besar untuk kita guna apa yg kita simpan dalam tabung kecemasan.

Maka dengan itu, ia bukan jadi SIMPAN, tapi hanya PARKING.

Jom kita mula menabung dari sekarang.

One Reply to “Cara Menyimpan Duit Gaji RM1000”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *