Cara Menyimpan Duit Tabung Kecemasan Dengan Mudah

Kali ini, saya berkongsi berkenaan cara menyimpan duit tabung kecemasan yang mudah untuk kita buat setiap bulan tanpa gagal.

Tetapi jika tidak jadikan ia amalan, maka matlamat untuk penuhkan tabung kecemasan akan jadi sia-sia.

Tabung kecemasan adalah sangat penting digunakan dalam situasi yang tidak jangkakan seperti kerosakan kereta secara tiba-tiba, paip bocor, tiba-tiba anak sakit kena pergi klinik dan lain-lain.

Dan lebih  kritikal adalah tiba-tiba kita kehilangan punca pendapatan kerana di berhenti kerja atau syarikat terpaksa tutup.

Jadi, dengan adanya dana simpanan yang cukup sekurang-kurangnya kita ada masa 3 ke 6 bulan untuk mendapat kerja baru atau membuat perancangan kehidupan baru.

Apa yang penting, selepas menggunakan duit daripada  tabung kecemasan, gantikan kembali duit tersebut dengan duit lebihan yang diperolehi pada bulan berikut

Berapa jumlah dalam tabung kecemasan yang perlu kita sediakan ?

Ia bergantung kepada diri sendiri.

Jumlah minimum yang disarankan untuk tabung kecemasan adalah 3 bulan jumlah pendapatan atau 6 bulan jumlah perbelanjaan.

Cara kiraan untuk dana tabung kecemasan adalah:

Contoh 1 – Berdasarkan jumlah perbelanjaan

Pendapatan : RM4,000.00 sebulan
Perbelanjaan : RM2,500 sebulan
Tabungan kecemasan : RM2,500 x 6 bulan = RM15,000

Contoh 2 – Berdasarkan jumlah pendapatan

Pendapatan : RM4,000 sebulan

Tabungan Kecemasan :

i) 3 bulan x RM4,000 = RM12,000
ii) 6 bulan x RM4,000 = RM24,000
iii) 12 bulan x RM4,000 = RM48,000

Berapa jumlah simpanan  yang perlu dilakukan setiap bulan ?

Jumlah simpanan yang terbaik perlu dilakukan adalah sebanyak 10% daripada jumlah pendapatan, dengan sasaran minima 3 ke 6 bulan gaji sebelum membuat perancangan kewangan lain seperti pelaburan, pembelian rumah, perancangan haji dsb.

Contoh, gaji RM4,000 maka perlu peruntukkan RM400 sebulan untuk memulakan simpanan dan kemudian letakkan sasaran RM12,000 ke RM24,000.

Baca : Cara Menyimpan Duit Gaji RM1000

Dimanakan cara menyimpan duit tabung kecemasan ?

Simpanan perlu dilakukan di instrumen mempunyai ciri-ciri berikut;

1. Tiada risiko,
2. Tiada caj,
3. Mudah cair

Untuk lebih mudah faham, tempat yang kita letak duit tabung kecemasan ini,

jika kita letak hari ini RM1000, esok ia masih RM1000, minggu depan masih sama, bulan depan masih sama.

Sebab kita tidak tahu bila berlaku situasi kecemasan.

Jadi kita perlu ketiga-tiga ciri di atas supaya kita dapat gunakannya apabila berlaku kecemasan.

Antara instrumen yang paling sesuai ialah akaun simpanan, Tabung Haji atau ASB.

Emas, unit amanah, takaful – bukan tempat yang sesuai untuk simpan tabung kecemasan.

Jika boleh duit tabung kecemasan di simpanan di tempat yang agak ‘susah’ dikeluarkan

Contohnya simpan di tempat yang susah nak keluarkan macam Tabung Haji (tiada kad ATM).

Kalau simpan dalam Tabung Haji, jangan sekali-kali ambil kemudahan pengeluaran melalui ATM Bank Islam ,Bank Rakyat atau Maybank

Kalau mudah dikeluarkan, duit tabung kecemasan kita tak akan bertahan lama.

Tip menabung untuk duit kecemasan paling mudah tapi paling susah untuk diamalkan adalah :

1. Simpan, dan
2. Lupa.

Yang  selalu terjadi adalah ;

1. Simpan, kemudian
2. Teringat-ingat apa yang disimpan.

Apabila “teringat-ingat” apa yang kita simpan, maka kebarangkalian besar untuk kita guna apa yg kita simpan dalam tabung kecemasan.

Maka dengan itu, ia bukan jadi SIMPAN, tapi hanya PARKING.

Jom kita mula menabung dari sekarang, sebelum musibah berlaku.

cara menabung duit tabung kecemasan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *