Kebanyakkan kita kurang jelas berkenaan cara pembahagian harta pusaka kereta mengikut cara yang betul.
Cara ini mungkin juga sesuai untuk pembahagian harta lain-lain
Apa itu Harta Pusaka
Harta pusaka adalah segala apa yang menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya, kemudian ditinggalkan kepada waris-warisnya sama ada dalam bentuk harta benda, hak-hak dan apa yang termasuk dalam miliknya setelah dia meninggal dunia.
Kereta adalah salah satu harta pusaka dan kebanyakkan akan di selesaikan melalui pembahagian faraid.
Bagaimana cara membahagikan kereta simati
Seperti kita maklum bahawa geran di dalam sesebuah kenderaan hanya boleh diletakkan satu nama sahaja yang mana ia berbeza dengan geran tanah dan rumah.
Oleh yang demikian, bagaimana cara pembahagian harta pusaka kereta tersebut jika simati mempunyai 10 orang waris yang berhak.
Cara pembahagian harta pusaka kereta
1.Anda perlu dapatkan nilaian kenderaan simati tersebut di Malaysian Automotive Association (AAM) atau Penilaian berlesen.
2. Perlu kenalpasti waris dan bahagian setiap waris yang berhak ( sijil faraid)
3.Dapatkan kata sepakat dan surat PENOLAKAN hak bahagian WARIS WARIS untuk memberikan kenderaan tersebut pada sorang waris sahaja .
Dalam hal ini PENOLAKAN ini waris ada dua cara :
a) waris menolak haknya secara keseluruhan tanpa balasan
b) waris menolak haknya secara keseluruhan dengan balasan atau syarat
Sebagai contoh waris menolak hak bahagian faraidnya keatas kenderaan tersebut dengan syarat waris yang menerima kenderaan tersebut membayar sejumlah wang kepadanya atau membayar bahagian faraidnya.
Disini salah satu digunakan nilaian kenderaan tersebut.
Contoh cara pembahagian harta pusaka kereta
Nilaian harga kereta : RM 50,000
Hak bahagian seorang waris yang menolak : 1/10
Jadi bayaran balasan yang perlu dibayar oleh penerima kereta tersebut kepada waris tersebut yang menuntut bahagian faraid ya adalah RM 5,000
Kiraan
1/10 X RM 50,000= RM 5,000
4. Anda perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir (SKM) di salah satu daripada tiga tempat dibawah :-
a) Amanah Raya Berhad
b) Pejabat Pusaka Kecil
c) Mahkamah Tinggi
Cara mendapatkan surat kuasa mentadbir
Dimanakah waris boleh memohon surat kuasa mentadbir untuk harta simati hanya kereta sahaja yang bernilai bawah RM 600,000.
Waris boleh memohon surat kuasa mentadbir tersebut di Amanah Raya Berhad dan di Mahkamah Tinggi.
Adakah waris boleh memohon surat kuasa mentadbir di Pejabat Pusaka Kecil jika harta simati hanya sebuah kereta @ harta alih sahaja ?
Tidak boleh , untuk makluman permohonan surat kuasa mentadbir di Pejabat Pusaka Kecil perlu mempunyai bersama harta tidak alih seperti rumah, tanah
Untuk makluman, Amanah Raya Berhad boleh menjadi pemohon/ pempetisyen untuk kes di Pejabat Pusaka Kecil atau di Mahkamah Tinggi.
Jika pentadbiran dibuat di Amanah Raya Berhad, perkara perkara diatas akan dilakukan oleh ARB