Untuk pelanggan Takaful Ikhlas Family, peserta boleh buat cara pembayaran takaful ikhlas caruman bulanan secara manual melalui JomPay.
Cara pembayaran manual melalui JomPay ini perlu dilakukan atas faktor kegagalan autodebit disebabkan oleh :
- Kad debit/ kredit sudah tamat tempoh
- Baki tidak cukup untuk buat penolakkan
- Kad debit/ kredit tidak aktif mod pembelian secara online.
Untuk mengelak sijil takaful ikhlas anda “LAPSE”, pembayaran bulanan adalah penting untuk di jaga.
Senarai antara bank yang ada JomPay
- Affin Bank Berhad
- Agrobank
- Alliance Bank Malaysia Berhad
- AmBank (M) Berhad
- Bank Islam Malaysia Berhad
- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
- Bank Muamalat Malaysia Berhad
- Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (Malaysia) Berhad
- Bank Simpanan Nasional
- BNP Paribas Malaysia Berhad
- CIMB Bank Berhad
- Citibank Berhad malaysia
- Hong Leong Bank Berhad
- HSBC Bank Malaysia Berhad
- Kuwait Finance House
- Maybank Berhad
- OCBC Bank (Malaysia) Berhad
- Public Bank Berhad
- RHB Bank Berhad
- Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
- Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad
- United Overseas Bank Berhad (UOB)
Cara Pembayaran Takaful Ikhlas Family
Biller code 2121
Ref 1 letak no polisi
Ref 2 letak no IC
Cara semak status sijil Takaful Ikhlas
Peserta boleh login portal Takaful Ikhlas. Portal takaful ikhlas ini dapat membantu peserta/pelanggan menyemak status sijil dan maklumat manfaat yang terdapat dalam sijil takaful.
- Layari www.takaful-ikhlas.com.my/. Pilih “LOGIN” dan pilih “CUSTOMER” (pelanggan).
- Buat yang pertama kali, klik “First Time Login”
- 3. Klik “Agree” kepada terma & syarat
- Masukkan nombor kad pengenalan dan No. sijil anda. Klik “Next”.
- Masukkan nombor TAC yang diberikan di nombor telefon yang didaftarkan dan anda akan dapat maklumat berkenaan dengan sijil anda.
- Bagi yang pertama kali, anda perlu mengisi maklumat seperti tertera di atas sebelum dapat melihat maklumat sijil anda
- Anda boleh klik di bahagian “Document” untuk melihat penyata cukai pendapatan anda.
- Bagi yang pertama kali, anda perlu “allow pop up” dahulu.
- Anda juga boleh klik “eCertificate” pada bahagian Document untuk melihat maklumat sijil anda.