Cara Pengeluaran Kwsp Untuk Ubahsuai Rumah

Bolehkan pengeluaran Kwsp untuk ubahsuai rumah ?

Bagi sesiapa yang tak tahu lagi berkenaan ini, jom baca!

Membina sebuah rumah merupakan satu pelaburan yang terbesar.

Bagi membantu ahli KWSP membina rumah impian , mereka membenarkan ahli membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai pembinaan rumah.

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian  sebuah rumah.

Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.

Sebelum tu, anda kena tahu dulu kelayakan memohon.

Kelayakan Memohon :

  1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara
  2.  Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
  3. Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)

Syarat Pengeluaran :

  1.  Ahli membeli atau membina atas sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres / berkembar / partment / kondominium /‘studio apartment’ / ‘service apartment’/‘townhouse’ / SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman.
  2. Ahli mengambil pinjaman perumahan daripada insititusi yang dibenarkan bagi tujuan membeli atau membina rumah dengan mana-mana institusi pemberipinjaman berikut :-
    • Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan
    2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
    • Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
    • Majikan ahli
    • Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia)
    • Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia • Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP; ATAU
    • Secara tunai
  3.  Surat Perjanjian Jual Beli adalah tidak melebihitiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP
  4.  Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya atau melupuskan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua
  5.  Ahli ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak
    yang dibenarkan oleh KWSP
  6.  Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej (tarikh
    perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan)

Baca Juga : 12 Perkara Penting Dalam Memilih Medical Card terbaik

Ahli tidak layak memohon sekiranya :-

  1. Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
  2.  Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang
    sedia ada
  3.  Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli
  4.  Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf
  5.  Membeli rumah ketiga
  6. Membeli rumah di luar negara

Daripada syarat ini, dapat mengesahan bahawa pengeluaran Kwsp untuk ubahsuai rumah adalah tidak dibenarkan.

Harap maklum.

Bagi pihak KWSP  itu bukanlah keperluan yang perlu diutamakan , tetapi untuk  simpanan hari tua.

Pengeluaran Kwsp Untuk Ubahsuai Rumah

Pengeluaran Kwsp Untuk Ubahsuai Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *