Faktor Yang Menyebabkan Caruman Takaful Anda Mahal

Harga pelan takaful bagi setiap individu biasanya tidak sama. Banyak faktor menentukan harganya atau caruman bulanan.

Ini kadang-kadang mengelirukan bagi mereka yang tidak biasa. Bagi sesetengah kes, walaupun usia dua individu sama, caruman bulanan kedua-duanya mungkin berbeza. Ini kerana banyak faktor lain yang menentukan jumlah caruman.

Berikut ialah antara lima faktor asas menentukan harga dan pelan mana-mana produk takaful.

1. Faktor usia

Asasnya ialah semakin berusia seseorang maka ia dikira semakin berisiko. Dan, individu yang dinilai mempunyai tahap risiko lebih tinggi tentu sahaja perlu membayar caruman bulanan yang tinggi juga berbanding individu berusia lebih muda.

Justeru, sebenarnya waktu terbaik untuk seseorang mengambil mana-mana pelan takaful ialah ketika usia seawal mungkin. 

2. Faktor pekerjaan

Pekerjaan seseorang juga berperanan menentukan amaun caruman bulanan mana-mana pelan takaful. 

Biasanya pekerjaan seseorang yang terdedah kepada bahaya atau berisiko tinggi akan menyebabkan caruman pelan takaful juga tinggi. Begitulah sebaliknya.

Contoh pekerjaan berisiko tinggi ialah pekerja pelantar minyak, juruterbang, pengawal keselamatan dan buruh bangunan tinggi.

Baca : 5 Tip Memilih Plan Hibah Takaful terbaik

3. Faktor penyakit 

Pelan takaful akan menilai bahawa individu yang menghidap penyakit serius atau kronik adalah juga sebagai mempunyai risiko tinggi.

Justeru, biasanya takaful menetapkan tidak akan membayar sebarang kos perbelanjaan rawatan dan bil hospital. 

Malah, individu lanjut usia dan berisiko tinggi menghidap penyakit perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum melanggan mana-mana pelan takaful.

4. Faktor merokok

Pelan takaful juga menganggap seseorang perokok sebagai dalam kategori berisiko tinggi berdasarkan angka menunjukkan golongan ini mudah terkena penyakit menyebabkan kematian.

Justeru, perokok biasanya perlu membayar caruman bulanan tinggi berbanding individu bukan perokok walaupun usia mereka mungkin sama.

5. Faktor jantina

Angka menunjukkan wanita lebih berisiko ditimpa penyakit kronik seperti kanser dan sebagainya berbanding lelaki.

Justeru, pelan takaful menilai golongan wanita lebih berisiko dan perlu membayar amaun caruman bulanan lebih tinggi.

Daripada itu, sekali lagi ditegaskan bahawa waktu terbaik mengambil mana-mana pelan takaful ialah ketika usia masih muda! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *