Hibah Amanah Raya Syarat dan Cara Memohon

Kali ini penerangan berkenaan Hibah Amanah Raya. Ada hibah yang dibuat oleh syarikat amanah. Syarikat amanah pun dah ada banyak sekarang. Pakej yang ditawarkan pun pelbagai. Pilih je yang mana satu yang sesuai dengan keperluan.

Apa itu Hibah Amanah Raya 

Hibah adalah pemberian milikan harta seseorang kepada seseorang yang lain, semasa hidupnya secara sukarela tanpa mengharapkan balasan.

Hibah Amanah Raya merupakan suatu akad /kontrak pemberian milikan harta seseorang kepada seseorang yang lain, semasa hidupnya secara sukarela tanpa mengharapkan balasan oleh penghibah (pemberi) kepada penerima hibah.

Amanah Raya dilantik sebagai pemegang amanah kepada harta hibah untuk suatu tempoh tertentu berdasarkan surat ikatan hibah dan surat ikatan amanah.

Kelebihan Hibah Amanah Raya

  1. Anda boleh menghibahkan aset anda kepada seorang atau lebih penerima mengikut pilihan anda
  2. anda boleh menghibahkan aset anda kepada anak kandung atau anak angkat
  3. Hibah adalah penyelesaian alternatif kepada pembahagian aset bagi mualaf
  4. Hibah membenarkan pasangan yang telah berkahmin menghibahkan aset antara satu sama lain.
  5. Aset yang telaj dihibahkan bukan lagi dikategori sebagai pusaka penghibah
  6. Aset yang dihibah tidak boleh dituntut oleh waris lain.
  7. Anda masih berhak memperoleh menfaat atau faedah daripada aset yang dihibahkan tertakluk kepada Surat Ikatan Hibah Manfaat yang telah ditangangani.

hibah amanah raya

Aset yang boleh diberikan sebagai hibah

  1. Harta tak alaih yang bebas daripada bebanan hutang
  2. Halal
  3. Mempunyai nilai di sisi syarak
  4. Boleh dipindah milik
  5. Benar-benar wujud ketika Hibah dilaksanakan
  6. TIdak bergabung dengan aset lain dimana ia tidak boleh dipindah milik

Apakah dokumen yang diperlukan

Dokumen yang diperlukan termasuklah

  • Borang Hibah AmanahRaya
  • Salinan Kad pengenalan penghibah/Penerima/Wakil/penjaga/saksi
  • Bayaran fi Hibah Amanah Raya

Untuk aset tak alih

  • Salinan surat hakmilik tanah
  • Salinan polisi takaful kebakaran
  • Resit asal cukai tanah/ cukai taksiran terkini
  • Resit Asal cukai pintu
  • Bayaran wang pendahuluan untuk perbelanjaan
  • anggaran jumlah duti setem

Untuk aset alih

  • Tunai/cek (sebagai harta hibah)

hibah amanah raya

Apakah yang perlu dilakukan jika berminat untuk melakukan Hibah

Kunjungi mana-mana cawangan Anamah Raya atau Bank Islam dan ikuti arahan yang telah ditetapkan dengan melengkapkan Borang Pemohonan Hibah AmanahRaya dengan menyertakan
semua dokumen sokongan yang berkenaan

Maklumat lanjut berkenaan Hibah AmanahRaya Boleh rujuk sini

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh download link PDS helaian keterangan produk berkenaan Hibah AmanahRaya yang telah dipasarkan atau di edarkan oleh Bank Islam seperti di link PDS dibawah:

Maklumat lanjut berkenaan Hibah AmanahRaya dari Bank Islam rujuk sini

Cawangan Amanah Raya

Dapatkan Hibah Takaful Berganda Hanya bermula RM100 sebulan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *