BERSEDIALAH UNTUK MASA HADAPAN YANG DI LUAR JANGKAAN
Kehidupan ini dipenuhi dengan pelbagai peristiwa. Ia bergantung kepada cara kita memanfaatkannya.
IKHLAS VALUE TERM TAKAFUL adalah pelan Takaful keluarga dengan Sumbangan Takaful secara berkala yang menawarkan perlindungan Takaful yang tinggi pada kadar berpatutan, di samping membolehkan Orang Yang Dilindungi menikmati setiap saat dengan yang tersayang. Alami ketenangan fikiran serta menikmati kehidupan sepenuhnya dengan IKHLAS VALUE TERM TAKAFUL.
Apakah manfaat–manfaat yang akan saya terima dari IKHLAS Value Term Takaful?
IKHLAS Value Term Takaful adalah pelan sumbangan berkala Takaful Keluarga yang menawarkan manfaat-manfaat Takaful seperti berikut:
1. Manfaat Kematian
Sekiranya Orang Yang Dilindungi meninggal dunia secara semulajadi atau akibat kemalangan semasa Sijil Takaful masih berkuat kuasa, 100% daripada Amaun Perlindungan asas akan dibayar kepada Peserta Takaful atau orang tersayang (penama atau waris terdekat).
2. Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh Kekal (HUMK)
Sekiranya Orang Yang Dilindungi mengalami HUMK secara semulajadi atau akibat kemalangan semasa Sijil Takaful masih berkuat kuasa, 100% daripada Amaun Perlindungan asas akan dibayar kepada Peserta Takaful.
Manfaat HUMK dibayar sehingga Orang Yang Dilindungi mencapai umur penamatan 70 tahun pada hari jadi yang akan datang.
3. Had Tanpa Pemeriksaan Perubatan Orang Yang Dilindungi yang berumur di bawah lima puluh (50) tahun dan ke bawah adalah berhak kepada Had Tanpa Pemeriksaan Perubatan, tertakluk kepada Perlindungan Takaful maksimum sehingga RM 500,000 dengan syarat Orang Yang Dilindungi mempunyai tahap kesihatan yang baik.
4. Manfaat Matang/Serahan Sijil Takaful Sijil Takaful tidak mempunyai sebarang nilai apabila mencapai tempoh matang atau apabila serahan dilakukan.
Nota: Manfaat-manfaat Kematian/HUMK adalah dijamin oleh Dana Risiko Sijil Takaful akan ditamatkan serta-merta selepas sebarang tuntutan dibayar sepenuhnya.
Siapakah yang layak untuk menyertai IKHLAS Value Term Takaful?
Anda layak untuk menyertai pelan ini sekiranya anda berusia antara 17 hingga 75 tahun (untuk perlindungan Kematian) atau sehingga 65 tahun (untuk perlindungan HUMK), pada hari jadi anda yang akan datang.
Berapa lamakah saya akan dilindungi?
Bergantung kepada tempoh perlindungan yang dipilih sehingga umur 80 tahun (untuk Kematian) & 70 tahun (untuk HUMK).
Berapakah Had Amaun Perlindungan di bawah IKHLAS Value Term Takaful?
Minima : RM200,000
Maksimum : Tertakluk kepada pengunderaitan
Anda bukan sahaja boleh memilih pelan yang anda inginkan, tetapi anda juga boleh memilih tempoh perlindungan sama ada:
(i) 5 tahun; atau
(ii) 10 tahun; atau
(iii) 20 tahun
Nota:
1. Pada tarikh matang, Sijil Takaful ini boleh diperbaharui untuk tempoh perlindungan yang sama dengan tempoh perlindungan asal Sijil Takaful. Pertukaran tempoh perlindungan adalah tidak dibenarkan. Sumbangan Takaful yang baru akan ditentukan oleh pihak Syarikat semasa tarikh pembaharuan dan ianya adalah tidak sama dengan Sumbangan Takaful yang asal.
2. Tempoh pembaharuan automatik yang dibenarkan adalah tertakluk kepada umur Orang Yang Dilindungi belum mencapai umur maksimum lapan puluh (80) tahun. Jika umur semasa pembaharuan ditambah tempoh pembaharuan melebihi umur lapan puluh (80) tahun, Sijil Takaful tidak akan diperbaharui.
3. Jumlah maksimum perlindungan HUMK boleh dibayar daripada semua Sijil Takaful yang diluluskan oleh Syarikat ke atas diri Orang Yang Dilindungi haruslah tidak melebihi keseluruhan amaun RM2,000,000.
Berapakah jumlah yang perlu saya sumbangkan?
Jumlah Kasar Sumbangan Takaful Tahunan adalah berbeza bergantung kepada keperluan pengunderaitan, umur, tempoh dan Amaun Perlindungan yang dipohon. Beberapa sampel ditunjukkan di dalam jadual di bawah:
Nota: Kadar di atas adalah dengan andaian bahawa Orang Yang Dilindungi yang dicadangkan adalah lelaki dan tiada masalah perubatan kesihatan, risiko pekerjaan atau tabiat yang mungkin memerlukan Sumbangan Takaful tambahan. Anda juga boleh memilih untuk membuat sumbangan secara bulanan, suku tahunan, setengah tahun atau sumbangan tahunan
Berminat ingin tahu lebih lanjut mengenai produk ini, isi form dibawah
Isi maklumat yang diperlukan