
Antara persoalan lain berkenaan income protection takaful :
Income protection nie, lepas saya behenti kerja nanti saya dapat berapa ?
Selepas tamat sijil takaful saya dapat RM200,000 nie tak ? time ini saya tak kerja dah”
Apa itu income protection ?
Ia sama maksud income replacement . Income protection adalah sebuah konsep yang dapat melindungi pendapatan disebabkan oleh sesuatu keadaan.
Ada banyak sebab yang boleh menggangu pendapatan seseorang seperti dibuang kerja, dipotong gaji, syarikat tutup , sakit dan lain-lain.
Untuk melindungi pendapatan yang hilang disebabkan oleh musibah diatas, memerlukan sesuatu alat. Dengan adanya alat ini, dapat melindungi pendapatan dari sesuatu musibah.
Income protection jika hilang kerja disebabkan syarikat muflis ?
Alat yang terbaik adalah simpanan. Setiap perkerja perlu berusaha membuat simpanan kecemasan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji.
Maksud kata jika diberhentikan kerja, seseorang boleh bertahan selama 6 bulan. Tempoh masa yang cukup untuk mendapatkan pekerjaan baru & mengurangkan belanja bulanan yang tidak perlu.
Income protection jika sakit, lumpuh atau meninggal ?
Alat yang terbaik adalah takaful atau insurance.
Dalam kita bekerja untuk memperoleh pendapatan, dan membuat simpanan, kita seharusnya untuk memastikan kedua-duanya itu dilindungi.
Di sinilah fungsi takaful, iaitu untuk memberi perlindungan kepada pendapatan dan simpanan kita apabila berlaku musibah sakit, lumpuh dan kematian.
Dengan adanya takaful, kita dapat mengekalkan kedua-dua pendapatan dan simpanan.
Kerana, jika berlaku salah satu daripada musibah sakit, lumpuh dan kematian. , seseorang akan
Tidak dapat lagi meneruskan pekerjaan,
Apabila tiada lagi pekerjaan, maka pendapatan pun akan terhenti, dalam keadaan tiada pekerjaan dan pendapatan, dia masih lagi perlu teruskan kehidupan atau dalam kes kematian; isteri, anak-anak dan keluarga masih perlu meneruskan kehidupan.
Bagaimana kira income protection takaful ?
Gaji x 12 bulan x 10 tahun = Nilai pampasan
Fungsi Income protection untuk menggantikan pendapatan yang hilang akibat tidak mampu bekerja apabila berlaku kematian dan lumpuh
Siapa yang perlukan Income protection?
Pencari nafkah yang menyara keluarga, iaitu:
1.Pasangan suami/isteri yang bekerja.
2.Mempunyai anak-anak yang masih kecil.
3.Pasangannya suami/isteri yang tidak bekerja
Rule of thumb untuk melanggan takaful; CARUMAN paling rendah untuk COVERAGE paling tinggi.
Setiap individu mempunyai keperluan berbeza-beza berdasarkan kewangan, pekerjaan, tanggungan dan lain-lain
Boleh rujuk sini Income Protection Takaful