Ini sebagai panduan memilih takaful insurans hayat terbaik dan apa yang perlu ada dalam dalam sijil takaful insurans.
Fakta mengatakan bahawa 90% rakyat Melaysia yang memiliki polisi takaful insurans hayat adalah di bawah jumlah perlindungan sebenar, berdasarkan statistik oleh Persatuan Insurans
Ini laporan daripada Berita Harian;
“KUALA LUMPUR: Hampir 90 peratus daripada rakyat Malaysia yang dilindungi insurans hayat, mempunyai perlindungan di bawah kadar sebenar, kata Pengerusi Jawatankuasa Promosi Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Ramzi Toubassy.
“Pada 2015, kira-kira 50 peratus (lebih kurang 12.5 juta) daripada penduduk Malaysia mempunyai perlindungan insurans hayat tetapi hampir 90 peratus daripada mereka di bawah perlindungan sebenar, yang bermaksud perlindungan insurans mereka mungkin hanya satu atau dua kali pendapatan tahunan mereka,” katanya.
Ini pula kajian dibuat oleh Malaysian Takaful Association (MTA) mengenai JURANG PERLINDUNGAN yang dimiliki oleh rakyat Malaysia

Rajah menunjukkan Kajian mengenai Jurang Perlindungan
Ia adalah perbezaan di antara sumber kewangan yang ada kepada keluarga pencari nafkah terhadap sumber kewangan yang diperlukan untuk mengekalkan taraf hidup semasa bagi tanggungan, sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kepada pencari nafkah.
Purata jumlah perlindungan Takaful Keluarga di Malaysia adalah RM50,000.
Maknanya jika si Ayah berpendapatan RM4,000, jika berlaku kematian atau hilang upaya, ianya hanya mampu menggantikan pendapatan si Ayah selama SETAHUN sahaja.
Manakala, berdasarkan statistik WHO, kira-kira 70% punca kematian penduduk Malaysia adalah berpunca daripada 4 penyakit kritikal di ini:
1. Kanser
2. Serangan jantung
3. Diabetik
4. Stroke
Berapakah Jumlah Perlindungan Takaful Insurans Hayat Terbaik diperlukan?
Sepatutnya bersamaan 10 tahun pendapatan.
Kenapa?
Supaya apabila berlaku musibah 3D (DEATH,DISABLE dan DISEASE), pampasan takaful insurans tersebut mampu untuk menampung kos sara hidup sekurang-kurangnya 10 tahun
Sebagai contoh :
Ini adalah contoh proposal takaful untuk seorang executive yang berusia 30 tahun, berpendapatan RM2,500 sebulan.
Cadangan Pelan Takaful Insurans Hayat Terbaik :
> Kematian semula jadi : RM300,000
> Kematian Sakit : RM300,000
> Kematian Kemalangan : RM300,000
> Lumpuh atau Kecacatan akibat sakit: RM300,000
> Lumpuh atau Kecacatan akibat kemalangan: RM300,000
> 36 Sakit Kritikal : RM300,000
Rasional di sebalik cadangan.
KENAPA perlu manfaat Kematian RM300,000 ?
Ia bersamaan dengan 100 bulan pendapatan atau hampir 10 tahun untuk pendapatan RM2500.
Fungsi manfaat ini sebagai INCOME PROTECTION untuk menggantikan pendapatan keluarga yang hilang akibat berlaku musibah kematian.
KENAPA perlu manfaat Lumpuh & cacat kekal RM300,000 ?
Jika ditimpa musibah lumpuh dan cacat kekal akibat dari kemalangan atau sakit, menyebabkan peserta tidak mampu bekerja.
Maka peserta akan hilang pendapatan tetapi pada masa yang sama memerlukan dana untuk sara diri sendiri dan keluarga.
Ia juga berfungsi sebagai INCOME PROTECTION.
Kepentingan manfaat sakit kritikal RM300,000 ?
70 % kematian penduduk malaysia adalah disebabkan oleh 4 penyakit kritikal seperti diabetik, serangan jantung, strok dan kanser.
Apabila ditimpa musibah sakit kritikal, pasti peserta memerlukan cuti yang panjang atau terpaksa berhenti bekerja.
Apabila berhenti kerja atau cuti tanpa gaji, maka pendapatan hilang.
Pada masa yang sama hutang dibayar dan kos sara hidup diperlukan. Maka disinilah manfaat ini berfungsi.
Manfaat ini berbeza dengan MEDICAL CARD, yang menyediakan manfaat pembayaran bil hospital.
Berapakah caruman untuk Pelan Takaful Insurans Hayat Terbaik ini ?
Berikut adalah anggaran caruman untuk umur-umur lain :
25 tahun – RM100
27 tahun – RM109
30 tahun – RM137
35 tahun – RM206
Berminat ?
Isi maklumat dibawah, saya akan hubungi segera
Fields marked with an * are required