Kalkulator Pengiraan Faraid Malaysia Mudah Guna

Kalkulator Pengiraan Faraid Malaysia

Sebelum kita menggunakan kalkulator pengiraan Faraid malaysia, kita perlu ketahui serba sedikit berkenaan Faraid dan cara menggunakannya dengan lebih tepat.

Ini penting bagi membolehkan kita mendapat keputusan kiraan yang betul.

ASAS FARAID

Menurut istilah syarak, faraid adalah pembahagian harta seorang Muslim yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya.

HAK FARAID BOLEH TERBATAL JIKA :

  1. Waris meninggal dulu sebelum pemilik harta .
  2. Bercerai dengan pemilik harta.
  3. Murtad.
  4. Menyebabkan kematian pemilik harta.

FARAID BUKAN HANYA PEMBAHAGIAN HARTA KEPADA WARIS

Ada beberapa perkara wajib perlu ditunaikan sebelum membuat pembahagian faraid menggunakan kalkulator pengiraan faraid malaysia.

  1. Mengurus jenazah (Kos kebumi)
  2. Melangsaikan segala hutang
  3. Menunaikan segala wasiat dengan syarat
    1. Tidak diwasiatkan kepada ahli waris
    2. Tidak mewasiatkan sesuatu yang haram
    3. Tidak lebih daripada 1/3 harta bersih
  4. Melangsaikan segala harta sepencarian

Baca juga : Perbezaan di antara Penama dan Hibah dalam Takaful

BAHAGI HARTA SECARA MUAFAKAT ATAU SAMA RATA ? BOLEH ?

Pembahagian secara muafakat atau sama rata hukumnya HARUS dengan syarat pembahagian asal mengikut hukum faraid perlu diketahui oleh setiap waris yang terlibat.

Ini bermakna setiap waris wajib mengetahui terlebih dahulu siapakah yang berhak mewarisi harta pusaka dan berapa bahagian yang akan diperolehinya.

Selepas itu bolehlah bersetuju cara pembahagian sama ada nak ikut kadar faraid, dibahagi sama banyak atau mengikut bahagian tertentu.

Kalkulator Pengiraan Faraid Malaysia

Untuk mengira jumlah harta Faraid dengan lebih senang, saya cadangankan menggunakan app bernama iFaraid Calculator.

Boleh cari di app stor masing-masing.

Senang boleh kira memalui handphone sahaja.

  1. Download applikasi iFaraid Calculator.
kalkulator pengiraan faraid malaysia

2. Maksukan maklumat waris di bahagian Senarai Waris. Pastikan maklumat semua diminta dimasukkan dengan betul.

ini memastikan keputusan yang betul.

kalkulator pengiraan faraid malaysia

3. Selepas itu akan dengan jelas kedudukan waris, dibahagian Pokok Waris.

kalkulator pengiraan faraid malaysia

4. Masukkan jumlah Harta dibahagian Jadual pengiraan. Disini sudah jelas berapa jumlah pembahagian yang akan diterima oleh pihak waris.

kalkulator pengiraan faraid malaysia

5. Di bahagian Perunding Harta, kita dapat mengira dengan lebih jelas, dengan membahagikan jenis harta, iaitu Harta Tak alih dengan Harta alih.

Harta alih ialah harta yang bukan dalam bentuk tanah ataupun rumah. Ia adalah seperti Duit simpanan dalam bank, Wang Tunai dan Simpanan KWSP.

Harta tak alih ialah tanah atau kepentingan di atasnya. Contohnya ialah
tanah yang mempunyai geran dan nama si mati didaftarkan atas namanya.

 

kalkulator pengiraan faraid malaysia

 

Baca juga : 5 Tips Memilih Pelan Hibah Takaful Terbaik

9 Replies to “Kalkulator Pengiraan Faraid Malaysia Mudah Guna”

  1. Ibu meninggal tinggal wang dlm akaun TH yg ada penama.pertanyaan cara pembahagian.
    1.bapa (suami ibu) masih ada
    2.anak 4 lelaki 1 perempuan

    Semua wang jadi yang bapa @ jadi 6 bahagian bersama anak yg lain

  2. Saya ada guna duit arwah ayah sebanyak 5k. Ayah sudah meninggaldunia. Saya berhajat ganti balik. Adakah saya perlu faraid pada adik beradik atau infaq mana2 masjid atau pondok tahfiz?

    1. Cik boleh berbincang dengan waris untuk uruskan duit tersebut terlebih dahulu sebelum infaq mana-mana insitusi.

    1. Wasalam , ia bergantung kepada situasi dan persetujuan ahli faraid yang layak atas rumah itu.
      Cara terbaik, rujuk amanah raya untuk dapatkan nasihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *