Keburukan Main Kutu dan Alternatif

main kutu

Tahukan anda apakah hukum main kutu dan keburukannya yang kita tidak sedar.

Main kutu adalah tertakluk kepada Akta (Larangan) kumpulan wang kutu 1971.

Selalunya yang “main kutu” mempunyai objektif tersendiri.

Contohnya, mahu beli barang yang berharga RM1000.

Kita membuat pakatan 10 orang dengan wang kutu RM100 seorang dan dicabut giliran selama 10 bulan.

Sebenarnya, orang yang paling untung adalah orang yang mendapat giliran pertama, seterusnya giliran kedua dan yang paling rugi adalah orang yang mendapat giliran terakhir.

Baca juga: Apa itu Hibah Takaful ? 

Kelebihan

  1. Orang yang paling untung semasa main kutu adalah orang yang dapat giliran pertama. Sebab dapat duit dengan segera, akan terasa seperti untung besar walhal tidak lain hanyalah hutang.
  2. Selain itu, ada elemen “simpanan paksa” apabila setiap bulan seluruh “ahli keluarga kutu” akan saling memperingati untuk membayar wang kutu.

Keburukan Main Kutu

  1. Wang kutu tidak menghasilkan sebarang pulangan. Jika wang yang sama disimpan dalam akaun SB atau tabung haji, wang itu menghasilkan keuntungan sekitar 6% setahun.
  2. Wang kutu berisiko digelap oleh “ibu kutu” yang tidak amanah. Tiada jaminan wang tersebut dijaga dengan baik oleh “ibu kutu”
  3. Tiada jaminan semua “ahli kutu” mendapat wang pada masa yang ditetapkan.
  4. Main kutu sangat berisiko untuk ditipu. Ditipu oleh ibu kutu, ahli kutu mahupun ahli yang mendapat giliran pertama dan sebagainya .
  5. Dalam Seksyen 3 Akta (larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971, salah sisi undang-undang apabila perniagaan menjalankan kegiatan kumpulan ” wang kutu”
  6. Wang kutu adalah aktiviti berhutang. Orang mendapat giliran pertama sebenarnya berhutang dengan ahli-ahli lain. Manakala orang terakhir pula sebenarnya menerima kembali wang yang diberinya sebagai pemiutang.

Hukum Main Kutu

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan juga sebelum ini sudah memaklumkan bermain kutu adalah dibenarkan selagi mana jauh daripada riba, kezaliman dan unsur-unsur haram.

Pun begitu , permainan kutu di Malaysia ketika ini tidak dibenarkan undang-undang di bawah Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 dan arahan itu perlulah dipatuhi.

Maklumat lanjut berkenaan hukum main kutu boleh rujuk sini 

Alternatif kepada Main Kutu

Buat simpanan sendiri. Jika menyimpan dalam akaun ASB atau Tabung Haji, boleh mendapat keuntungan, selamat dan tiada risiko ditipu.

Buat pinjaman. Pinjam dengan kawan-kawan. Yang paling penting, kita membayar semula pinjaman itu.

Buat Pelaburan. Alang-alag berisiko menyertai aktiviti “kutu”, lebih baik berisiko menyertai pelaburan yang sah seperti saham, unit trus, emas atau sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *