Tahukah anda ejen takaful mampu menjana pendapatan hampir lima angka setiap bulan? Ternyata kerjaya ejen takaful bukan calang-calang; ia menjanjikan masa depan dan kekukuhan kewangan, malah kebebasan kewangan.
Fakta dan angka menunjukkan ada ejen takaful mampu raih pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan, tidak termasuk bonus tahunan. Ini mungkin jarang diperolehi kerjaya lain.
Mari kita perincikan apa lagi kelebihan yang ada pada kerjaya sebagai ejen takaful.
Pendapatan tanpa had
Kerjaya sebagai ejen takaful adalah sejenis kerjaya dinamik. Anda yang tentukan sendiri banyak mana usaha yang anda mahu buat serta banyak mana pendapatan yang anda mahu raih.
Ia tidak seperti kerjaya makan gaji tetap yang pergerakan tangga gaji sangat terbatas. Kenaikan gaji dalam kerjaya biasa hanya sekali setahun.
Sebaliknya, pendapatan yang mampu diraih ejen takaful sangat tidak terbatas. Malah, ejen takaful dapat tentukan sendiri berapakah pendapatan yang mereka mahu sasarkan dan berapakah pertambahan pendapatan setiap tahun.
Ia bergantung kepada usaha ejen takaful sendiri.
Tiada siapa mampu menghalang atau menentukan jumlah pendapatan yang mampu diraih ejen takaful.
Masa dan tempat kerja sangat fleksibel
Masa kerja sebagai ejen takaful sangat fleksibel. Anda juga bebas menentukan jam berapa untuk mula berkerja pada sesuatu hari berkenaan.
Malah, ejen takaful biasanya tidak perlu terkejar-kejar masa untuk “punch card” tepat pada waktunya.
Apa yang paling seronok ialah anda tidak perlu memohon cuti untuk urusan kecemasan, keluarga, berehat atau balik kampung.
Latihan profesional yang lengkap dan tersusun
Kerjaya sebagai ejen takaful adalah kerjaya yang sangat lengkap serta tersusun. Ini kerana kerjaya ini bukan baru, malah sudah melalui proses pembaikan dan pematangan sejak lama.
Kerjaya ini bukan semborono. Ia sejenis kerjaya yang menintiberatkan ilmu dan sistem.
Selain mesti menjalani peperiksaan khas, seseorang ejen takaful perlu memenuhi kriteria dan menjalani latihan tertentu secara lengkap serta tersusun dari semasa ke semasa.
Potensi peningkatan kerjaya
Dengan bermula sebagai ejen takaful biasa, seseorang ejen takaful berpeluang meningkat dalam kerjaya ke peringkat lebih tinggi.
Malah, jika dibanding dengan kerjaya dalam bidang perniagaan atau keusahawanan pula, apa yang lebih unik mengenai kerjaya ini ialah ia sejenis kerjaya yang tidak memerlukan modal tinggi untuk bermula.
Semoga tulisan ini dapat membantu mengikis dan memadam tanggapan dan momokan tidak benar konon kerjaya sebagai ejen takaful tidak mempunyai masa depan dan tidak menjanjikan pendapatan lumayan.
Hakikat sebenar ialah kerjaya sebagai agen takaful sangat positif serta menjanjikan pendapatan tanpa had.
Maklumat lanjut berkenaan Team INFAQ Consultancy boleh rujuk sini–>> TEAM INFAQ Consultancy
tak semua orang boleh jadi ejen yang berjaya.
semoga terus berusaha dan kekal berjaya. hoho
Betul, kerjaya ini untuk ahli yang terpilih sahaja.
🙂