Kenapa Perlu Income Protection ?

Dengan menyimpan RM500 setiap bulan dari duit gaji selama 30 tahun dari
sekarang di Tabung Haji, kita akan dapat Dana persaraan sebanyak : RM
713,837.95 dengan mengambil kira agihan keuntungan sebanyak 8% setiap tahun.

Banyak kan?

kita dan keluarga akan dapat bersara selesa.
Janji kita simpan dan lupa.

Bagaimana pula jika berlaku situasi yang diluar jangaan kita, yang
menyebabkan kita tidak mendapat gaji disebabkan hilang upaya untuk berkerja.

Solusi, kita langgan Takaful yang boleh cover pendapatan kita dan dapat sara
keluarga selama 10 tahun.

sebagai contoh :

Ini adalah contoh proposal takaful untuk seorang usahawan yang berusia 30
tahun, yang berpendapatan RM4,000 sebulan.
plan komprehensif :
1) Manfaat kematian dan lumpuh RM480,000
2) Manfaat penyakit kritikal RM240,000
3) Manfaat elaun harian hospital RM200 sehari
4) Manfaat medical card RM1,250,000 limit seumur hidup tanpa limit tahunan,
dengan bilik wad RM250 sehari
5) Manfaat pengecualian caruman
Rasional di sebalik cadangan.

1) Manfaat kematian dan lumpuh RM480,000

Ini ialah INCOME PROTECTION untuk prospek sekiranya berlaku kematian dan
lumpuh.
Kenapa RM480,000? Ini ialah refleksi daripada pendaptan beliau RM4,000
sebulan atau RM48,000 setahun.

Maknanya, jika berlaku kematian atau lumpuh ke atas pesakit, jumlah pampasan
RM480,000 tadi boleh menggantikan pendapatan beliau yang hilang selama 10
tahun.

2) Manfaat penyakit kritikal RM240,000

Ini juga adalah untuk INCOME PROTECTION, sekiranya peserta ditimpa penyakit
kritikal.
Jumlah RM240,000 ini bersamaan dengan 5 tahun pendapatan beliau.
Dan selalunya orang yang ditimpa penyakit kritikal, jangka hayat sekitar 3
ke 5 tahun.
Jika boleh survive selepas 5 tahun, pesakit akan boleh kembali bekerja
seperti biasa.

3) Manfaat elaun harian hospital RM200 sehari

Ini juga adalah untuk INCOME REPLACEMENT.
Sebagai seorang usahawan, jika beliau dimasukkan ke hospital maka
pendapatannya pun akan terjejas.

Jadi dengan manfaat RM200 ini boleh menggantikan pendapatan beliau.

4) Manfaat medical card RM1,250,000 limit seumur hidup tanpa limit tahunan,
dengan bilik wad RM250 sehari

Mengapa perlukan medical card tanpa annual limit?
Sebab kos hospital setiap tahun akan meningkat. Bayangkan, kos kanser yang
kritikal boleh mencecah RM300,000!
Jadi dengan adanya medical card tanpa annual limit ini sangat membantu
beliau menghadapi kos inflasi yang akan datang.

Manakala had kelayakan bilik beliau RM250 sehari akan meningkat secara
automatik sekiranya tiada kemasukan ke hospital, 10% setiap 3 tahun hingga
maksima 50% dalam masa 15 tahun.

5) Manfaat pengecualian caruman
Sekiranya peserta ditimpa penyakit kritikal, carumah beliau akan
dikecualikan.

Ini adalah manfaat bonus. Sebab, tanpa manfaat ini, manfaat INCOME
PROTECTION sudah cukup utk menampung kos caruman tersebut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *