Kepentingan Hibah Takaful dan Kelebihan

kepentingan hibah takaful

Sebelum saya menerangkan berkenaan Kepentingan Hibah Takaful dengan lebih jauh .

Suka saya kongsikan Apa itu Takaful dan Hibah Takaful

Apa itu takaful

Takaful adalah satu tabung di mana ia mengumpul wang yang disumbangkan/ (didermakan) oleh semua para pencarum.

Duit sumbangan/derma dikumpul dan diagihkan kepada para pencarum jika berlaku sebarang musibah kepada salah seorang daripada pencarum tersebut.

Apa itu Hibah Takaful

Hibah bemaksud hadiah,

Hibah takaful pula adalah hadiah (pampasan kematian) yang akan diberikan kepada orang yang tersayang (penama) tanpa wasiat & tidak tertakluk kepada hukum faraid jika pemegang takaful itu meninggal dunia.

Kelebihan hibah takaful

📍 Penama adalah penerima mutlak.
📍 Tuntutan tidak perlu melalui prosedur mahkamah seperti wasiat atau faraid yang rumit & makan masa yang panjang.
📍 Mengelakkan konflik keluarga (perebutan) pampasan,kerana hibah tidak boleh dipertikai di mahkamah & penama akan mendapat jumlah pampasan yang ditetapkan oleh pemberi.
📍 Penama boleh diletakkan atas nama sesiapa sahaja walaupun individu tersebut tidak berhak dalam faraid.

kepentingan hibah takaful

Kepentingan Hibah Takaful

1. Penggantian pendapatan

Penggantian Pendapatan ialah kaedah mencipta semula gaji bulanan untuk kegunaan keluarga supaya boleh meneruskan dan menikmati gaya hidup yang sama.

Contoh pendapatan: RM100,000 setahun

Untuk mendapatkan pendapatan gantian RM100,000 setahun pewaris memerlukan hibah bernilai RM1.3 juta yang kemudiannya dilaburkan di pelaburan unit amanah (cth ASB) dengan pulangan 8% setahun.

2. Penyelesaian hutang yang tak diinsuranskan

Hutang yang tak diinsuranskan seperti kereta, kredit kad, rumah (jika mrta pendek), hutang perniagaan dll akan ditanggung oleh ahli keluarga jika si penghutang meninggal dunia.

3. Survival anak

Anak menjadi tanggungan wajib sehingga umur 18 tahun.

Perbelanjaan ini meningkat mengikut umur.

Anggaran jumlah perbelanjaan sehingga 18 tahun inilah yang perlu ditakafulkan untuk memastikan anak tidak ketinggalan atau kehidupannya tidak terumbang ambing selepas kematian ibu/bapa.

4. Urusan pentadbiran harta atau tebus faraid

Ramai yang tidak tahu apabila mereka meninggal dunia segala simpanan, aset, hartanah, pelaburan akan dibekukan.

Pihak keluarga perlu menguruskan atau membuat tuntutan & melalui beberapa proses yang melibatkan kos.

Jika mereka tidak mampu membayar kos, matlamat harta yang dicari dan aset dibina untuk mereka nikmati ini tidak tercapai.

 

Hibah berganda Takaful Ikhlas sehingga RM 1,200,000

 

One Reply to “Kepentingan Hibah Takaful dan Kelebihan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *