Kepentingan Memiliki Hibah Takaful Segera

Apa anda patut faham mengenai hibah takaful?

Istilah “hibah” dari segi bahasa bermaksud “hadiah”. “Hibah takaful” pula merujuk kepada hadiah untuk seseorang selepas berlaku kematian seseorang yang lain.

hibah takaful

Ia juga boleh difahamkan sebagai sejenis pampasan selepas berlaku kematian, biasanya kepada orang tersayang atau rapat yang didaftarkan sebagai penama di dalam sesuatu hibah takaful.

Hibah takaful tidak memerlukan sebarang wasiat, malah tidak tertakluk kepada hukum dan prosedur faraid. Terma, syarat dan prosedur hibah takaful diakui di sisi undang-undang menerusi Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Hibah takaful sangat perlu dan penting kerana biasanya semua harta dan akaun kewangan si mati seperti akaun simpanan, saham biasa dan saham amanah serta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibekukan sementara bagi memenuhi keperluan prosedur wasiat atau faraid.

Kekangan atau sekatan ini dapat diatasi jika si mati adalah pemegang hibah takaful.

Mari kita perincikan!

Apa kepentingan dan kelebihan hibah takaful?

Banyak kelebihan hibah takaful. Antaranya ialah penama bagi mana-mana hibah-takaful adalah penerima mutlak bagi bayaran (pampasan) selepas berlaku sesuatu kematian dan penama itu tidak perlu melalui prosedur wasiat atau faraid yang rumit serta mengambil masa lama.

Hibah-takaful juga dapat mengelak konflik keluarga dan masyarakat akibat perebutan harta selepas berlaku sesuatu kematian.

Fakta bahawa sesuatu hibah takaful tidak dapat dipertikai di sisi undang-undang akan dengan sendiri menyebabkan semua pihak perlu menghormati hal berkenaan.

Mana-mana waris si mati tidak berhak mencabar di mahkamah mana-mana penama yang dinyatakan dalam hibah takaful.

Berbanding faraid, sesiapa sahaja boleh dinamakan sebagai penerima dalam mana-mana hibah takaful walaupun individu berkenaan tidak mempunyai pertalian darah atau keluarga serta tidak berhak menerima faraid.

Penama berkenaan mungkin anak angkat, sahabat atau sesiapa sahaja.

Mengapa perlu ambil hibah takaful?

Seperti dinyatakan di atas, hibah takaful mempunyai banyak kebaikan dan kepentingan tertentu.

Daripada itu, antara sebab utama mengapa seseorang perlu mengambil hibah takaful ialah ia mampu menyelesaikan banyak masalah keluarga dan masyarakat.

Ini terutama dari sudut mencegah perbalahan berebut harta si mati serta mengelak proses perundangan yang panjang di mahkamah sebelum mana-mana harta dapat diagihkan.

Siapa patut ambil berat hibah takaful?

Individu yang patut mengambil berat mengenai hibah takaful tidak lain tidak bukan ialah suami atau ayah.

Jangan sampai kesibukan mencari nafkah menyebabkan suami atau ayah lupa menentusahkan siapa patut mendapat bahagian daripada hartanya.

Muktamadkan hal ini menerusi hibah takaful!

Kematian tidak pernah ada tanda pasti. Tiba detiknya sesaat pun tidak tertunda. Justeru, kebajikan orang tersayang perlu ditentusahkan segera menerusi hibah takaful!

Di mana anda boleh perolehi hibah takaful?

Anda boleh baca lanjut di sini untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci berkaitan hibah takaful.

One Reply to “Kepentingan Memiliki Hibah Takaful Segera”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *