Medical Card atau Hibah Takaful Yang Mana Lebih Penting?

Medical card atau hibah takaful, yang mana lebih penting ?

Kedua-dua  adalah  sangat penting dimiliki dan mempunyai fungsi tertentu.

Tahap keutamaan adalah berdasarkan apa fungsi orang yang dilindungi dalam sesebuah keluarga.

Apa itu Hibah Takaful ? 

Hibah adalah hadiah atau pemberian kepada seseorang.

Hak milik hibah adalah mutlak dan tak boleh dilawan.

Dalam aspek takaful, hibah adalah pemberian pampasan setelah orang dilindungi itu meninggal dunia kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.

Pampasan hibah takaful hanya layak diperoleh apabila orang yang dilindungi meninggal dunia.

Hibah takaful tidak akan menanggung kos rawatan di hospital.

Apa fungsi Medical card ? 

Medical card pula adalah jaminan kos rawatan yang ditanggung oleh syarikat takaful jika orang yang dilindungi ditimpa sakit.

Medical card tidak akan melindungi seseorang jika meninggal dunia atau mengalami hilang upaya (lumpuh)

Ia hanya menanggung kos rawatan dan lain-lain kos berkaitan.

Jadi, medical card yang mempunyai had limit berjuta-juta tidak dapat membeli beres.

Baca juga : 5 Tips Memilih Pelan Hibah Takaful Terbaik

Apa yang sesuai untuk “Bapa” ? 

Produk yang paling penting bagi ketua keluarga adalah hibah takaful.

Ini bagi menggantikan pendapatan keluarga yang hilang disebabkan oleh berlaku musibah kematian kepada ketua keluarga sebagai pencari nafkah.

Medical card bukan tak penting, tetapi masih ada pilihan mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

Tapi jika mampu, ambil lah kedua-dua hibah takaful dan medical card.

Saranan saya, ambil perlindungan yang tinggi, sebaik-baiknya bersamaan 10 tahun pendapatan.

Contoh berpendapatan RM3000 sebulan, dapatkan produk hibah takaful RM360,000.

 

Bagaimana pula dengan ibu ?

Jika ibu yang bekerja mencari nafkah, hibah takaful adalah produk yang penting.

Tetapi bebanyakkan wanita jarang nak tinggalkan duit kepada suami.

Rasanya ramai yang faham kenapa kan ??

Wanita lebih terdedah kepada pelbagai jenis penyakit berbanding lelaki, maka medical card takaful adalah penting kepada wanita.

Jadi  untuk ibu, ambil produk hibah takaful yang sekadar memadai (untuk ditinggalkan kepada anak-anak) dan utamakan medical card takaful.

Apa yang terbaik untuk anak-anak ?

Kanak-kanak lebih memerlukan medical card berbanding hibah takaful.

Kerana kanak-kanak lebih cenderung untuk diserang pelbagai penyakit.

Produk hibah kurang penting kerana ibu bapa masih boleh meneruskan kehidupan (dari aspek

 

kewangan) jika anak-anak meninggal dunia.

Kesimpulan

Pilihlah produk yang sesuai dengan fungsi masing-masing.

Kalau dah mencarum takaful, semak semula sijil sedia ada.

Mungkin kita kurang perlindungan atau terlebih perlindungan.

Buat apa bayar mahal untuk produk yang tak sesuai?

hibah takaful

Plan Takaful 5 Manfaat RM99, Hibah + Pampasan Sakit Kritikal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *