Antara kelebihan Medical card Takaful Ikhlas berbanding syarikat lain:
Table of Contents
1. Medical card Takaful Ikhlas tiada annual limit
Kebanyakan syarikat takaful lain meletakkan had sekitar RM60,000-RM100,000 setiap tahun. Jika anda perlukan rawatan yang memerlukan jumlah yang lebih daripada itu dalam tahun yang sama, anda perlu bayar sendiri atau tunggu sehingga tahun berikutnya untuk limit anda reset kembali. Kepentingan medical card tanpa limit tahunan rujuk sini.
2. Kos yang rendah dengan nilai yang tinggi
Dengan kos yang rendah, anda mendapat nilai perlindungan yang tinggi. Bagi individu lelaki berumur 30 tahun ke bawah, anda hanya perlu menyumbang RM150 sebulan untuk mendapatkan medical card dengan manfaat RM850,000 seumur hidup tanpa had tahunan.

3. Harga bilik (room & board) meningkat 10% setiap 3 tahun jika tiada claim
Antara ciri terbaik medical card kalis inflasi daripada Takaful Ikhlas. Jika tiada tuntutan dibuat dalam masa 3 tahun berturut-turut, limit harga bilik anda dinaikkan kepada 10%. Proses ini akan berulang setiap cycle 3 tahun sehingga maksimum 150% daripada pelan asal. Ini bermaksud, jika pelan asal adalah RM150, had harga bilik anda boleh naik sehingga RM225!
4. Tiada ko-takaful
Jika claim tidak melebihi 10% daripada had seumur hidup keseluruhan pada tahun yang sama. Jika claim melebihi 10% dalam tahun yang sama, tertakluk kepada had maksimum sebanyak RM3,000 bagi satu hilang upaya.
5. Jika ambil bilik yang lebih murah daripada limit, dapat refund
Jika had room & board anda adalah RM150 tetapi anda memilih untuk duduk di bilik bernilai RM100, anda layak terima tunai berdasarkan baki harga bilik.
6. Hanya bayar perbezaan harga bilik jika upgrade bilik lebih mahal
Jika had room & board anda adalah RM150 tetapi anda memilih bilik yang lebih mahal, anda hanya perlu bayar perbezaan harga bilik sahaja.
7. Bantuan rawatan perubatan tradisional akibat kemalangan RM200- medical card takaful ikhlas
Tertakluk kepada nasihat dan syor pegawai perubatan
8. Elaun tunai jika masuk hospital kerajaan
Anda layak menerima bayaran tunai harian jika memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan
9. Bantuan tunai kanser dan kegagalan buah pinggang apabila didiagnosis kali pertama RM5,000-RM10,000
Kebanyakan pelan takaful dan insurans tidak melindungi penyakit kanser yang didiagnosis pada peringkat awal kecuali di ambil bersama rider tambahan untuk perlindungan peringkat awal. Medical card Takaful Ikhlas menawarkan perlindungan peringkat awal untuk kanser dan kegagalan buah pinggang apabila didiagnosis kali pertama lagi.
10. Urusan masuk hospital 24 hours
Takaful Ikhlas menggunakan khidmat Third Party Administrator (TPA) untuk menguruskan kemasukan ke hospital dan claim. Ini bermakna, anda tidak perlu menghubungi agent andai kata anda perlu admit ke hospital pada jam 3 pagi atau bila-bila masa pun. Anda boleh terus hubungi nombor yang tertera pada medical card anda dan TPA akan menguruskan semuanya! Sesetengah syarikat takaful tidak mempunyai TPA, maka anda perlu berurusan dengan agent. Bayangkan jika agent sibuk atau tidak menjawab panggilan. Sudah tentu melambatkan urusan anda.
11. Status claim medical card takaful ikhlas boleh disemak melalui aplikasi smartphone Medi Express (terbaru!)

Mudah bukan? Dengan aplikasi ini, anda boleh mencari lokasi hospital panel terdekat dan menyemak status claim anda. Anda boleh download aplikasi tersebut di Google Play/Apple Store. Daftar dengan nombor IC dan nombor polisi anda.
Berminat dengan medical card takaful ikhlas boleh rujuk sini