4 Tip Panduan Memilih Medical Card Terbaik

Berikut beberapa tip penting dan panduan memilih medical card terbaik;

1. Medical Card terbaik mempunyai tanpa had tahunan

Apabila memilih medical card terbaik, fokus utama adalah kepada perlindungan tahunan (annual limit) berbanding perlindungan seumur hidup (lifetime limit).

Perlindungan tahunan ialah jumlah bil hospital yang dilindungi oleh syarikat dalam tempoh setahun, manakala perlindungan seumur hidup pula ialah jumlah perlindungan yang dilindungi syarikat dalam tempoh seumur hidup.

Kenapa had tahunan adalah lebih penting daripada had seumurhidup ?

Contoh  dua situasi:

Medical card A:
Had Tahunan : RM100,000
Had Seumur Hidup : Tiada Had

Medical Card B
Had Tahunan : Tiada Had
Had Seumur Hidup : Tiada Had

Medical Card A, walaupun had seumur hidup tiada had tetapi ia memberi indikator, kalau nak claim banyak perlu claim maksima RM100,000 sahaja setiap tahun.

Jika 10 tahun claim RM100,000 maka akan cecah RM1 juta yang mana, ia situasi yang sangat jarang kerana jika seseorang menjalani pembedahan yang melibatakan kos melebihi RM100,000, selalunya ia sudah kritikal dan akan meninggal dunia.

medical card terbaik

Berdasarkan keratan akhbar ini, kos rawatan kanser adalah RM300,000. Jadi jika peserta memiliki plan medical card A, dia perlu tambahan RM200,000 untuk tahun tersebut.

Mengikut pengalaman saya tanyakan rakan-rakan senior dalam industri insurans dan takaful , tidak  pernah berlaku lagi peserta insurance/takaful membuat tuntutan sehingga melebihi had seumur hidup medical card.

Kebanyakan yang berlaku adalah tuntutan  melebihi had tahunan, dan kemudian perlu tambah dengan duit sendiri.

2. Medical card rider atau medical card standalone?

Secara keseluruhan, setiap medical card ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Medical card standalone adalah  kad perubatan sahaja tanpa sebarang produk lain yang perlu dilanggan bersama.

Medical card rider pula merujuk kepada kad perubatan yang dipakej bersama produk asas seperti manfaat kematian & lumpuh.

Jika membuat perbandingan harga medical card rider dengan medical card standalone, bandingkan harga secara spesifik medical card sahaja dan bukan medical card bersama produk asas supaya dapat membuat perbandingan yang adil.

Sebagai contoh medical card standalone berharga RM100 dengan medical card rider dengan harga RM200, nampak seperti medical card stand alone lebih murah.

Tapi jika diperincikan,  medical card rider yang berharga RM200  adalah terdiri dari produk asas RM100 dan medical card RM100. Jadi, kedua-dua kad perubatan itu adalah sama harganya. Ini sekadar contoh sahaja.

Memandangkan medical card rider wajib dilanggan bersama produk asas, maka apabila produk asas tamat maka medical card juga akan tamat. Sebagai contoh, jika pelanggan lumpuh maka polisi akan tamat, kedua-dua produk asas dan rider kad perubatan juga akan tamat.

Baca : Perbandingan medical card rider dengan medical card  standalone.

3. Tempoh perlindungan panjang

Kalau tanya saya berapa tempoh polisi takaful yang ideal, bagi saya sekurang-kurangnya 80 tahun. Lagi panjang lagi bagus.

Apa yang terjadi selepas tempoh perlindungan medical card tamat awal ?

Contoh sijil medical card anda akan tamat pada usia 70. Jika penyakit anda berterus-terusan, kos rawatan selepas umur 70 anda terpaksa gunakan wang dari poket sendiri.

4 . Ko-Takaful / Full Coverage

Seperti yang umum ketahui, medical card adalah untuk anda gunakan manfaat ketika dimasukkan ke hospital atas sebab sakit ataupun kemalangan.

Manfaat tersebut adalah dalam bentuk pembayaran bil hospital untuk anda. Anda perlu faham apa maksud ko-takaful dan full coverage.

Dimana ko-takaful bermaksud berkongsi menanggung risiko. anda perlu membayar sebahagian daripada bil anda setiap kali masuk hospital.

Jika full coverage, anda tidak perlu membayar apa-apa jika guna manfaat medical card. Pilih yang betul. Jangan nanti kena bayar, salahkan ejen pulak. Lazimnya full coverage lebih sedikit sumbangan bulanannya berbanding ko-takaful.

Ada satu medical card terbaik

Terbaik bagi saya mungkin tidak bagi tuan. Tapi ciri-ciri yang saya nyatakan di atas tadi semuanya ada.

Dan caruman untuk kanak-kanak pula serendah RM98 sebulan!

Boleh baca lanjut di –> Medisavers Takaful

Mahukan sesi penerangan tentang perkara ini?

Isi borang dibawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *