Medisavers Review – 10 Soalan Lazim

Antara 10 soalan lazim yang sering ditanya berkenaan semasa membuat Medisavers review. Moga ini dapat membantu persolanan yang sering bermain diminda anda berkenaan pelan medical card Medisavers Ehsan ini.

Apakah eKadPerubatan MediSavers?

eKadPerubatan MediSavers ialah merupakan program keahlian penjagaan kesihatan yang menawarkan

1) Perlindungan perubatan sebanyak RM967,500 untuk setiap penyakit dengan hanya RM119/bulan.

2) eBaucar pemeriksaan kesihatan tahunan Pathlab.

Siapakah yang layak untuk memohon eKadPerubatan MediSavers?

Individu yang berumur dari 30 hari hingga 70 tahun pada tarikh lahir yang berikutnya layak untuk memohon.

Apakah penyakit yang dilindungi eKadPerubatan MediSavers ?

eKadPerubatan MediSavers melindungi hampir kesemua penyakit, keadaan perubatan atau kemalangan selagi ia memerlukan kemasukan ke hospital (wad).

Walau bagaimanapun, ia tidak melindungi penyakit yang sedia ada dan tertakluk kepada pengunderaitan.

Adakah saya perlu menjalani pemeriksaan perubatan sebelum melanggan eKadPerubatan MediSavers?

Tidak, pemeriksaan perubatan tidak diperlukan. Walau bagaimanapun, anda mesti menjawab beberapa soalan kesihatan dengan jujur semasa membeli eKadPerubatan MediSavers.

Di manakah senarai hospital panel eKadPerubatan MediSavers?

Untuk senarai hospital panel kami, Medisaver review

rujuk di https://www.mxm.com.my/aanpanelhospital/

Apakah perkhidmatan hospitalisasi yang ditawarkan oleh eKadPerubatan
MediSavers?

eKadPerubatan MediSavers menawarkan prosedur penghospitalan seperti berikut:

1) Bilik & Makan untuk kemasukan ke hospital atau Unit Rawatan Rapi (ICU)

2) Perundingan sebelum dan selepas rawatan di hospital

3) Diagnostik dan fisioterapi

4) Imbasan X-ray dan MRI

5) Rawatan Pesakit Luar bagi Kanser

6) Rawatan Pesakit Luar bagi Dialisis Buah Pinggang

7) Rawatan dan Pembedahan

8) Ubat preskripsi

9) Ambulans

Apakah had Bilik & Makan?

eKadPerubatan MediSavers menawarkan perlindungan untuk Bilik & Makan hospital sebanyak RM 225 dan RM 360.

Adakah saya perlu membayar terlebih dahulu jika dimasukkan ke hospital?

Sekiranya anda pergi ke hospital panel MediSavers, anda tidak perlu membuat pembayaran. Hanya perlu tunjukkan eKadPerubatan MediSavers anda dan kami akan menguruskan pembayaran bil terus ke hospital.

Sekiranya anda pergi ke hospital bukan panel, anda perlu membayar bil terlebih dahulu dan membuat tuntutan dengan MediSavers untuk mendapatkan bayaran balik.

Catatan: Sebilangan hospital mungkin memerlukan deposit yang perlu dibayar sendiri terlebih dahulu. Deposit akan dikembalikan oleh hospital.

Bilakah saya boleh menggunakan eKadPerubatan MediSavers?

Anda boleh terus menggunakan eKadPerubatan MediSavers untuk kemalangan. Terdapat tempoh menunggu selama 30 hari untuk penyakit dan keadaan perubatan yang lain.

Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar eKadPerubatan Medisavers?

Boleh rujuk maklumat berkenaan pelan dilink ini Medical Card Medisavers Ehsan VIP

Moga topik ini dapat merungkaikan berkenaan Medisaver review

medisavers review

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *