5 Tips Mencari Pelan Hibah Takaful Terbaik

Apabila memperkatakan tentang pelan hibah takaful terbaik, perkara-perkara berikut selalunya bermain di fikiran;

“Saya sudah ada pelan takaful hayat  dengan coverage RM 50,000. Ia sudah mencukupi.”

“Kompeni saya sudah ada socso. Jadi saya tidak perlu lagi mengambil yang lain”

“Saya kakitangan kerajaan, jadi waris boleh dapat pencen nanti”

Sebenarnya tidak ada istilah “hibah takaful terbaik”, kerana semua ejen di semua syarikat takaful akan mengaku mereka terbaik, no 1 dan sebagainya.

Apa yang kita boleh buat adalah memilih pelan hibah takaful mana yang terbaik untuk diri kita sendiri dan keluarga.

Tip Memilih Pelan Hibah Takaful Terbaik

Berikut beberapa tip penting dan panduan memilih pelan takaful hayat terbaik takaful;

1.Faham apa itu “Hibah takaful” ?

Hibah takaful adalah hadiah (pampasan kematian) yang akan diberikan kepada orang yang tersayang (penama) tanpa wasiat dan tidak tertakluk kepada hukum faraid jika peserta takaful itu meninggal dunia.

Apakah Kelebihan Hibah Takaful?

  • Penama adalah penerima mutlak.
  • Pampasan tidak perlu melalui prosedur wasiat atau faraid yang rumit & makan masa yang panjang.
  • Mengelakkan konflik keluarga (perebutan) pampasan,kerana hibah tidak boleh dipertikai & penama akan mendapat pampasan penuh dengan lebih cepat.
  • Penama boleh diletakkan atas nama sesiapa sahaja walaupun individu tersebut tidak berhak dalam faraid.

Baca : Kepentingan memiliki plan hibah takaful segera

2. Berapa jumlah pampasan hibah takaful yang diperlukan ?

Pampasan yang ideal bila berlaku  kematian  dan hilang upaya menyeluruh (kekal) adalah sama dengan 10 tahun gaji.

Contoh untuk orang yang berpendapatan RM3,000.

RM3,000 x 12 x 10 = RM360,000

Orang berpendapatan RM3,000 perlu ada takaful hayat (income protection) yang boleh bagi pampasan sebanyak RM360,000.

Tapi ramai yang tak tahu benda ni. Ada yang bayar mahal, tapi pampasan bawah RM100K pun ada.

Memang sangat tak cukup.

Kesian kat anak dan keluarga yang kita akan tinggalkan nanti.

Padahal untuk dapatkan manfaat takaful yang tinggi , tak   sampai 5% gaji pun.

3. Berapa bayaran bulanan hibah takaful yang sesuai untuk diri sendiri ?

Dari sudut bajet peribadi, pada saya 5% daripada pendapatan perlu kita peruntukkan untuk bayar perlindungan hibah takaful.

Dengan bajet 5% itu, gunakan sebaik mungkin untuk dapatkan polisi hibah takaful yang tepat supaya dapat maksimumkan perlindungan dan tidak membazir.

4. Berapa lama tempoh umur perlindungan ? 

Secara purata, berikut ialah jangka hayat rakyat Malaysia ialah;

>  Umur 73 tahun bagi lelaki
>  Umur 79 tahun bagi wanita.

Banyak statistik dan berita menunjukkan jumlah golongan tua semakin bertambah pada masa akan datang.

Satu sudut positif, ia menunjukkan rakyat Malaysia semakin panjang usia mereka.

Tapi satu sudut lain, berapa ramai yang bersedia untuk menghadapi hari tua mereka?

Selain merancang untuk mengumpul dana persaraan, antara persediaan penting ialah untuk merancang plan takaful.

Dalam merancang berapa banyak coverage takaful yang perlu dilanggan, kita perlu merancang dengan baik berapa lama tempoh polisi yang dilanggan.

Jika tempoh polisi di bawah 70 tahun, berhati-hati. Lebih-lebih lagi medical card dan sakit kritikal.

Malah jika anda merancang takaful untuk manfaat hibah atau pusaka kepada ahli waris pun perlu pertimbangkan faktor ini.

Tempoh polisi hibah takaful terbaik adalah  sehingga umur 100 tahun

Jika polisi takaful panjang, boleh ditamatkan awal jika kita menukar perancangan.

Tapi jika polisi hanya sampai umur 70, dan ketika sampai usia itu, kita hendak sambung polisi tersebut disebabkan kita perlukan perlindungan tersebut, maka ia sudah terlambat untuk menyambung polisi berkenaan.

5. Apa plan hibah takaful terbaik ? 

Jika umur 30, RM69 boleh dapat perlindungan RM300,000.

Bukan setakat kematian & lumpuh beserta hibah, tapi sekali dengan cover SAKIT KRITIKAL.

Sesuai utk dijadikan income protection, hibah, alternatif MRTT, penyediaan aset cair selepas jika kena penyakit kritikal.

hibah takaful terbaik

 

Berminat dengan produk ini, sila isi borang borang dibawah :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *