MRTT VS MLTT : Mana yang terbaik ?

MRTT VS MLTT

Kali ini ingin menerangkan perbezaan antara MRTT vs MLTT.

Apabila kita memohon pinjaman perumahan, kita digalakkan mengambil satu polisi takaful untuk melindungi sejumlah pinjaman diantara  pemberi pinjaman (bank) dengan peminjam (pemegang polisi).

Tujuan utama adalah, sekiranya si peminjam ditimpa musibah kematian atau lumpuh, ada pampasan untuk selesai jumlah hutang rumah yang ditinggalkan.

Terdapat dua jenis pelan takaful yang boleh dipilih oleh pembeli iaitu Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) atau Mortgage Level Term Takaful (MLTT).

Apa itu MRTT ? 

Ketika ini, ramai yang keliru dan kurang pasti produk manakah yang bersesuaian dengan jenis pinjaman yang dimohon dan apakah manfaat atau kelebihan yang diperolehi jika melanggan salah satu produk ini.

MRTT adalah perlindungan takaful  berkurangan mengikut tempoh pinjaman perumahan anda.

Pengurangan perlindungan takaful  bergerak seiring dengan jumlah hutang pinjaman yang semakin berkurangan setiap tahun.

Dari segi cara bayaran , ia boleh dibayar secara terus atau dimasukkan ke dalam pinjaman bank.

MRTT lebih murah kerana perlindungan akan semakin berkurangan.

MLTT

MLTT  adalah perlindungan takaful yang kekal sepanjang tempoh pinjaman berkenaan.

MLTT lebih mahal, sebab jumlah perlindungan yang meningkat saban tahun.

Dari segi cara bayaran , MLTT  tidak boleh dimasukkan ke dalam pinjaman bank, ia dibayar secara ansuran atau tahunan.

MRTT VS MLTT

 

 

Jika berlaku musibah kematian atau lumpuh kepada penghutang atau pemilik rumah, bagaimana MRTT dan MLTT berfungsi ?

Apabila berlaku tuntutan dalam kes kematian atau lumpuh , MRTT akan membayar baki hutang pinjaman kepada pihak bank.

Proses pembayaran tuntutan hanya membabitkan dua pihak sahaja (iaitu bank dan syarikat takaful).

Ahli keluarga si mati akan dapat rumah berkenaan, untuk diagihkan mengikut harta pusaka.

Manakala polisi MLTT pula akan membayar keseluruhan pampasan kepada PENAMA.

Penama akan bertanggungjawab untuk selesaikan BAKI hutang pinjaman si mati kepada pihak bank.

Lebihan wang pampasan adalah hak milik ahli waris, dan ia tertakluk kepada harta pusaka (iaitu faraid).

Ini adalah contoh MLTT vs MRTT dengan jumlah pembiayaan perumahan berjumlah RM500,000.

MRTT VS MLTT

 

Sekiranya pemegang polisi membuat pembiayaan semula bagi pinjaman perumahan atau menjual rumah berkenaan sebelum tamat tempoh polisi MRTT, polisi berkenaan akan terbatal berbanding polisi MLTT tidak terkesan.

Manakala MLTT masih boleh diteruskan tanpa memerlukan permohonan baru untuk melindungi pembiayaan perumahan baru.

MRTT VS MLTT

7 Kelebihan dan fleksibliti MLTT berbanding MRTT

  1. Jika berlaku kematian atau lumpuh, pampasan yang akan diterima ialah total sum cover
  2. Jika peanggan refinance rumah, MLTT tidak terbatal.
  3. Begitu juga jika pelanggan jual rumah, MLTT tidak terbatal sebagaimana MRTT.
  4. Jika pelanggan buat early settlement, MLTT tidak terbatal dan boleh digunakkan untuk rumah lain.
  5. Boleh gunakkan satu polisi MLTT untuk lebih daripada satu rumah.
  6. Polisi MLTT , boleh tambah pampasan untuk penyakit kritikal.
  7. Polisi MLTT juga gunakan produk yang ada nilai tunai.

MRTT VS MLTT

Perbezaan antara MRTT vs MLTT. 

MRTT VS MLTT

Kesimpulan perbezaan antara MRTT vs MLTT. 

MRTT VS MLTT perbezaan

Baca : Pelan Takaful Rumah Terbaik MLTT RM300,000

5 Replies to “MRTT VS MLTT : Mana yang terbaik ?”

  1. Assalammualaikum dan selamat tengah hari, saya Sharimah Ismail. Saya telah membeli rumah semi-D dan telah menghuni di rumah itu sejak tahun 2004 sehingga sekarang. Rumah tersebut telah langsai hutangnya sejak tahun 2017. Saya mendapat tahu dari rakan bahawa saya boleh menuntut Insuran MRTT rumah. Tetapi saya tidak tahu bagaimana proses penuntutan itu. Saya ingin memohon jasa baik tuan untuk menjelaskannya. Terimakasih.

    1. wasalamualaikum.

      Boleh rujuk balik kepada pihak takaful sebelum ini, MRTT. Tidak semua insuran MRTT boleh tuntun, ia bergantung kepada jenis MRTT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *