Pelan Hibah Takaful Terbaik RM46 Sebulan

Pelan Hibah Takaful Terbaik RM 46 sebulan

apa itu hibah takaful ikhlas

Sebelum saya menerangkan berkenaan  pelan hibah takaful ini dengan lebih jauh .

Suka saya kongsikan : Apa itu Perlindungan Takaful ?

Takaful adalah satu tabung di mana ia mengumpul wang yang disumbangkan/ (didermakan) oleh semua para pencarum.

Duit sumbangan/derma dikumpul dan diagihkan kepada para pencarum jika berlaku sebarang musibah kepada salah seorang daripada pencarum tersebut.

3 Fungsi UTAMA Takaful 

Secara Asas, pihak Takaful akan bantu dari segi bentuk pampasan sekiranya ditimpa 3 musibah ini.

1. Kematian
2. Lumpuh
3. Sakit

1. Kematian

Apabila berlaku kematian kepada peserta takaful, income yang disumbangkan kepada keluarga akan hilang.

Jadi keluarga akan hilang tempat bergantung dari segi bentuk kewangan.

2. Lumpuh Cacat

Begitu juga Lumpuh cacat, menyebab seseorang hilang pendapatan akibat tidak dapat bekerja. Tetapi pada masa yang sama perlu sara keluarga dan diri juga.

Ada kemungkin pasangan pun tidak dapat bekerja akibat nak jaga pesakit yang lumpuh.

3. Sakit

Apa peserta disahkan sakit kritikal, boleh menyebab dia terpaksa berhenti kerja atau cuti tanpa gaji.

Mana ada syarikat nak simpan pekerja yang tidak boleh bekerja sepenuh masa.

Hilang pendapatan, tetapi perlu sara keluarga dan diri juga.

Daripada 3 perkara di atas, sekiranya berlaku dalam kehidupan seseorang boleh menyebabkan malapetaka kewangan atau financial disaster.

Kenapa saya katakan sedemikian rupa?

Kerana, jika berlaku salah satu daripada musibah di atas, seseorang akan

  1. Tidak dapat lagi meneruskan pekerjaan,
  2. Apabila tiada lagi pekerjaan, maka pendapatan pun akan terhenti,
  3. Dalam keadaan tiada pekerjaan dan pendapatan, dia masih lagi perlu teruskan kehidupan atau dalam kes kematian; isteri, anak-anak dan keluarga masih perlu meneruskan kehidupan.
  4. Bayangkan, bagaimana dia dan/atau keluarga perlu teruskan kehidupan dengan mengekalkan perbelanjaan seperti rumah, makan minum, pakaian, sekolah, kenderaan dan sebagainya – dalam keadaan tiada pendapatan dan pekerjaan.

Sekiranya berlaku musibah tersebut, ia akan menyebabkan financial disaster.

Pelan Hibah Takaful Terbaik RM46 Sebulan

Ringkasan Manfaat Hibah Takaful Ikhlas

* Kematian semula jadi : RM200,000 atau,
* Kematian sakit : RM200,000 atau,
* Kematian kemalangan : RM200,000 atau,
* Lumpuh atau kecacatan akibat sakit: RM200,000 atau,
* Lumpuh atau kecacatan akibat kemalangan: RM200,000
* Tiada had jenis pekerjaan
* Tidak memerlukan medical check-up bagi kes biasa
* Dapat pelepasan cukai
* Percuma Permohonan Badal Haji

Berikut adalah anggaran caruman untuk umur-umur lain

20 tahun – RM 40
25 tahun – RM 42
30 tahun – RM 46
35 tahun – RM 72
40 tahun – RM118
45 tahun – RM130

Apakah nama produk ini ? Dari syarikat apa ?

IKHLAS Value Term Takaful  dari Takaful Ikhlas

Siapakah yang layak memohon?

Umur 17 – 75 tahun

Apakah manfaat-manfaat yang akan saya terima dari IKHLAS Value Term Takaful?

IKHLAS Value Term Takaful adalah pelan sumbangan berkala Takaful Keluarga yang menawarkan manfaat-manfaat Takaful seperti berikut:

1. Manfaat Kematian

Sekiranya Orang Yang Dilindungi meninggal dunia secara semulajadi atau akibat kemalangan semasa Sijil Takaful masih berkuat kuasa, 100% daripada Amaun Perlindungan asas akan dibayar kepada Peserta Takaful atau orang tersayang (penama atau waris terdekat).

2. Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh Kekal (HUMK)- Lumpuh 

Sekiranya Orang Yang Dilindungi mengalami HUMK secara semulajadi atau akibat kemalangan semasa Sijil Takaful masih berkuat kuasa, 100% daripada Amaun Perlindungan asas akan dibayar kepada Peserta Takaful.

Manfaat HUMK dibayar sehingga Orang Yang Dilindungi mencapai umur penamatan 70 tahun pada hari jadi yang akan datang.

3. Manfaat Matang/Serahan Sijil Takaful

Sijil Takaful tidak mempunyai sebarang nilai apabila mencapai tempoh matang atau apabila serahan dilakukan.

Tiada cashvalue apabila matang

Apakah pengecualian-pengecualian utama yang terdapat di dalam Sijil Takaful ini?

a. Pengecualian-pengecualian bagi Kematian

  1. Bunuh diri
  2. HIV
  3. Di bawah pengaruh alkohol

b. Pengecualian-pengecualian utama bagi HUMK (Lumpuh)

  1. Kecederaan diri yang disengajakan
  2.  Peperangan, penaklukan, ancaman musuh luar, permusuhan
  3. Pemberontakan, rusuhan awam, pemberontakan tentera atau orang awam, insureksi, penentangan, revolusi, ataupun darurat
  4. Hilang upaya bermula sebelum penerimaan perlindungan
  5. Keadaan sedia ada.

Apa Contoh Quotation untuk produk ini ?

Disini saya serta contoh Quotation untuk produk ini

Quotation IKHLAS Value Term Takaful (Password : 123456)

PDS IKHLAS Value Term Takaful

Brosur IKHLAS Value Term Takaful

Adakah Caruman akan meningkat ? 

Harga tetap selama 20 tahun

Selepas 20 tahun akan renewal dengan bayaran sumbangan baru

Boleh renewal sehingga 80 tahun

Saya pernah membuat rawatan / kemalangan, Boleh memohon ? 

Boleh. Hanya perlu maklum semasa memohon nanti.

Berminat ?

Isi maklumat dibawah, saya akan hubungi segera

Atau boleh whatapps saya disini (pilih hibah takaful) : 0193571223 (zariff)

 

 

2 Replies to “Pelan Hibah Takaful Terbaik RM46 Sebulan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *