“Saya sedang dalam proses mengisi e-filing lhdn untuk pelepasan cukai melalui takaful. Takaful plan yang saya ambil ni termasuk dalam kategori “insuran nyawa” atau “ insurans perubatan?” Persoalan dari peserta takaful.
Disebabkan kita bergelar rakyat Malaysia, kita mempunyai tanggungjawab untuk membayar cukai pendapatan pada kadar cukai pendapatan yang telah ditetapkan oleh kerajaan yang mana diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Proses untuk declare cukai dan membayar cukai pendapat dipermudahkan dengan ada sistem online yang dinamakan sistem online iaitu, lhdn e filing.
Isi jangan tak isi,
Pastikan isi dengan betul.
Terutama skali bahagian pelepasan cukai melalui takaful/insurans.
Jika melanggan pelan perlindungan insurans/takaful nyawa dan medical , sama ada melalui potongan gaji atau bayaran sendiri, maka layak menuntut pelepasan cukai pendapatan , terdapat 2 bahagian :
1. Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji – pelepasan sehingga RM6000
- Untuk jumlah campuran antara bayaran caruman insuran/takaful nyawa dan KWSP (caruman dari bahagian sendiri), jumlah pelepasan adalah dihadkan kepada RM6,000.
- Maksudnya, andaikata anda membayar caruman takaful nyawa sebanyak RM3,000 setahun dan KWSP sebanyak RM5,000 setahun, maka anda hanya layak menuntut pelepasan sebanyak RM6,000 sahaja.
2. Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji – pelepasan sehingga RM3000.
- Bagi caruman sebarang skim insurans/takaful pendidikan atau perubatan, maka layak menuntut pelepasan cukai sehingga RM3,000.
- Insurans/takaful kesihatan termasuklah manfaat yang melindungi risiko akibat penyakit kritikal dan juga kad perubatan (manfaat bayaran caj rawatan dan hospital)
Semak senarai penuh pelepasan cukai disini (yang terbaru)
Persoalan ?
Tetapi saya ada plan medical card?
Adakah caruman saya 100% masuk bahagian no.2?
Manfaat sakit kritikal, masuk bahagian mana?
Jika plan medical card rider, macam mana nak asingkan caruman untuk claim no1 dan no2 ?
Jawapan : Dapatkan penyata Tax dari syarikat melalui agen/syarikat. Kebiasaan syarikat akan hantar surat kepada peserta.
Sebagai contoh (rujuk gambar):
Peserta ini melanggan produk takaful, ada manfaat kematian, sakit kritikal dan medical card. Bukan plan Takaful pendidikan.
Dengan adanya penyata ini, senang nak tentukan jumlah yang layak untuk pengecualian. Hanya masukkan jumlah sahaja.
Mudah dan senang.
Zariff
INFAQ Consultancy
Nota :
- Setiap produk ia berbeza pengiraan. Lain syarikat dan lain produk,lain pembahagian. Perlu rujuk syarikat masing-masing.
- Untuk dapatkan plan medical yang sama dengan peserta diatas, rujuk sini Medical Card Takaful TANDA Had Tahunan