Penangguhan Pembayaran Takaful Keluarga

Langkah bantuan syarikat insurans dan pengendali takaful kepada pemegang polisi dan peserta takaful yang terjejas oleh Covid19.

Program ini bertujuan menyediakan perlindungan takaful kepada peserta semasa tempoh penangguhan bayaran sumbangan.

Perlu dijelaskan bahawa program ini tidak secara automatik dan peserta takaful perlu memohon dengan menghubungi pihak takaful serta memenuhi kelayakan seperti di bawah.

Antara golongan yang layak memohon adalah seperti berikut :

1) Peserta Takaful yang dikuarantin di rumah
2) Peserta Takaful yang hilang punca pendapatan (gaji harian)
3) Peserta Takaful yang hilang pekerjaan (dibuang kerja)

Tarikh berkuatkuasa adalah pada 1hb April sehingga 31 Disember 2020, dan maksimum penangguhan bayaran sumbangan hanya tiga bulan sahaja

Bagaimana nak memohon penangguhan?
.
1.Surat pengesahan doktor yang mengesahkan pemegang sijil dijangkiti Covid19
2. Surat pengesahan kuarantin oleh pihak berkuasa
3. Surat pengurangan gaji / diberhentikan kerja
4. Surat atau notis penutupan perniagaan

Bagi yang masih terkawal dari segi kewangan, amatlah dinasihatkan untuk meneruskan sumbangan Takaful seperti biasa, di masa genting sebegini amatlah penting kita ada perlindungan untuk diri dan keluarga.

Kemalangan, sakit, kematian kita tak tahu bila akan kita diuji dgn yg tersebut, dan takaful adalah salah satu usaha untuk menghadapinya.

penangguhan bayaran takaful

penangguhan bayaran takaful

Baca Juga :  Tip Memilih Hibah Takaful Terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *