Apa Pengecualian Dan PDS dalam Takaful ? (Benda yang tak cover)

Bila kita hendak langgan takaful, sudah menjadi kebiasaan kebanyakan orang minta sebut harga (quotation).

Agent Takaful akan bagi sebut harga, satu muka surat sahaja. Dalam satu muka surat disenarai semua manfaat yang akan dapat bila langgan pelan takaful tersebut.

Pernah anda terfikir, kenapa semasa setuju dengan pelan takaful satu muka surat, tetapi bila terima polisi setebal 50 muka surat?

Apa ada dalam 50 muka surat itu?

Sepatutnya semasa terima sebut harga, mesti disertakan skali dengan PDS.

Apa itu PDS?

PDS adalah Product Disclosure Sheet. Dalam bahasa melayu, helaian keterangan produk.

Di dalam PDS akan dinyatakan :

” Sila baca Helaian Keterangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai pelan takaful ini

Sila pastikan juga anda membaca terma-terma dan syarat-syarat am”

Ada baca? Tak perlu lah, agent akan tolong bacakan.

Atau “tak perlu tahu lah, agent semua uruskan”

Antara maklumat yang terdapat didalam PDS produk takaful adalah :

1. Apakah ciri-ciri produk ini?
2. Apakah konsep syariah yang digunapakai?
3. Apakah perlindungan/manfaat yang disediakan?
4. Berapakah jumlah sumbangan yang perlu saya bayar?
5. Apakah yuran dan caj yang perlu saya bayar?
6. Apakah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penting yang perlu saya ketahui?
7. Apakah Pengecualian utama bagi pelan ini?
8. Bolehkah saya membatalkan sijil saya?
9. Apakah yang perlu saya buat sekiranya terdapat perubahan kepada maklumat untuk menghubungi saya?

Banyak maklumat yang kita boleh perolehi dari PDS ini, yang paling penting no 7, Pengecualian.

Bila anda baca Pengecualian, boleh menyebabkan terbatal niat anda nak sertai pelan takaful.

Tetapi jika kita faham apa produk takaful yang kita sertai dan kenapa kita memilih pelan tersebut,

InshaAllah semua perkara yang kita ingin lindungi, tercapai.

Mana nak dapat PDS? boleh cari di website syarikat.

Jadilah pengguna yang bijak.

Baca juga : 12 Tip Dalam Memilih Medical Card TerbaikĀ 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *