Assalamualaikum & Salam sejahtera,
Salam kenalan, Saya Zariff dari INFAQ Consultancy. Kerjaya sekarang adalah perunding takaful sepenuh masa. Berpengalaman lebih 4 tahun dalam bidang kewangan berkaitan dengan takaful & insurance.
Fungsi utama takaful adalah untuk menghadapi malapetaka dan musibah kewangan yang berkaitan dengan kehidupan; seperti kematian, lumpuh, sakit kritikal dan kos rawatan hospital.
Justeru, jika Saudara-saudari baru memulakan untuk melanggan polisi takaful, gunakan sebaiknya bajet untuk polisi tersebut sebaiknya untuk memberi perlindungan kewangan apabila berlaku salah satu daripada empat perkara di atas.
Empat perkara di atas, saya ulangi KEMATIAN, LUMPUH, SAKIT KRITIKAL & RAWATAN HOSPITAL – apabila berlaku dalam kehidupan akan memberi kesan yang besar dalam kewangan dan kehidupan kerana ia merupakan MUSIBAH / MALAPETAKA KEWANGAN.
Jangan terus terpengaruh kepada perkara-perkara sampingan yang dipromosi dalam perlindungan takaful seperti elaun hospital, kos rawatan klinik, pelaburan, hadiah bersalin, hadiah perkahwinan, pengeluaran 3 tahun sekali dan sebagainya.
Di dalam buku-buku pengurusan kewangan pakar-pakar kewangan dalam dan luar negara, tiada satu pun buku yang meletakkan fungsi takaful / insurans untuk perkara-perkara ‘kewangan kecil’ seperti elaun hospital, kos rawatan klinik, pelaburan, hadiah bersalin, pengeluaran 3 tahun sekali dan lain-lain.
Buku-buku perancangan kewangan akan mengesyorkan takaful / insurans untuk fungsi menghadapi MALAPETAKA KEWANGAN yang memberi impak risiko besar dalam kehidupan dan kewangan seseorang.
Banyak sangat PM masuk tentang medical card sehari dua ini. Ini mungkin berikutan status-status saya berkenaan medical card yang saya kongsikan beberapa hari ini.
Sebenarnya semua persoalan boleh dirujuk kepada polisi untuk pengesahan sebab setiap syarikat berbeza-beza terma dan syaratnya.
Apabila menerima polisi takaful, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian di dalam polisi:
1. KADAR SUMBANGAN, ia akan meningkat dalam tempoh tertentu. Setakat ini belum ada medical card yang kadar bayarannya tetap. Ini kerana kos perubatan sentiasa meningkat.
2. KO-TAKAFUL, bayaran yang perlu dibayar oleh pelanggan sekiranya dimasukkan ke hospital. Mungkin ada, mungkin tiada.
3. KO-PAYMENT, bayaran yang perlu dibayar sekiranya pelanggan upgrade bilik ke bilik yang melebihi kadar medical card. Jangan terkeliru dengan Ko-Takaful, Dua istilah berbeza.
4. LIMIT TAHUN – ini adalah jumlah yang boleh pelanggan claim setiap tahun. Ini adalah jumlah limit yang penting untuk diketahui.
5. LIMIT SEMUA HIDUP atau Lifetime Limit. Jumlah ini memang nampak tinggi, ada yang RM1 juta, ada yang RM2 juta malah ada yang unlimited. Tapi ketahuilah bahawa ia hanya “gimik”, kerana belum pernah berlaku lagi pelanggan yang tidak cukup had limit seumur hidup. Tapi ramai yang terpaksa bayar sendiri apabila sudah claim melebihi had limit tahunan. Jadi fokus kepada annual limit, bukan lifetime limit.
6. FASAL PENGECUALIAN. Ini perkara yang AMAT PENTING dalam apa jua polisi takaful. Cari perkara ini dalam polisi dan baca situasi-situasi yang pelanggan tidak layak untuk claim jika dimasukkan ke hospital. Setiap polisi syarikat mempunyai klausa berbeza-beza antara satu sama lain.
7. TEMPOH MENUNGGU, ini adalah tempoh permulaan polisi berkuat kuasa sepenuhnya. Ia mungkin 30 hari hingga 120 hari.
8. TEMPOH MENUNGGGU PENYAKIT KHUSUS. Ada beberapa penyakit khusus yang mempunyai tempoh menunggu lebih panjang sehingga 120 hari.
9. KLAUSA PENGUBAHAN POLISI. Ini juga maklumat penting yang perlu diketahui yakni syarikat berhak membuat perubahan terhadap polisi TANPA persetujuan pelanggan. Hanya sekadar notis dalam tempoh tertentu untuk menjadikan terma dan syarat polisi berubah mengikut kehendak syarikat.
10. THIRD PARTY ADMINISTRATION (TPA). Ada ejen takaful yang memburukkan syarikat lain dengan “fakta” bahawa third-party administration spt polisi third-party kenderaan. Ia adalah auta bukan fakta, sebab TPA medical card adalah merujuk kpd syarikat operator yang menguruskan GL dan urusan kemasukan wad yang tertakluk di bawah Bank Negara. Langsung tiada kena mengena dgn istilah third-party dalam insurans kenderaan.
Ada lagi perkara-perkara lain, tak sempat saya masukkan semua. Ini adalah berdasarkan persoalan yang selalu dikemukakan kpd saya. Jika ada lain, boleh berikan komen.
Pendek kata SEMUA maklumat dalam polisi dari muka hadapan hingga muka surat terakhir adalah PENTING. Baca SEMUA, jika tidak faham terus tanyakan ejen anda. Mereka dibayar komisen dari caruman anda untuk memberi maklumat-maklumat penting kpd anda, bukan sekadar memberi diari dan kad raya.
Memperkenalkan MEDISAVERS Takaful, program penjagaan kesihatan dan medical card takaful terbaik di Malaysia, oleh Pathlab Malaysia dan dikendalikan oleh MXM International.
Pathlab Malaysia adalah sebuah syarikat healthcare iaitu fokus dalam pengurusan dan penjagaan kesihatan di Malaysia. Pathlab melahirkan produk penjagaan kesihatan dan medical card terbaik di Malaysia.
Manakala MXM International pula ialah anak syarikat Pathlab Malaysia yang menguruskan keahlian program Medisavers Ehsan ini.
Medisaver VIP Ehsan takaful ini terdapat 4 plan utama, iaitu
S120-SUPER PROTECTOR,
S75-SUPERPROTECTOR ,
S120
S75
Manfaat utama yang terdapat dalam setiap plan, boleh rujuk gambar diatas.
Manfaat penting adalah no 4 dan no 5, iaitu HAD TAHUNAN & HAD SETIAP KEHILANGAN UPAYA (setiap penyakit)
HAD TAHUNAN : Jumlah had kos rawatan yang boleh claim setiap tahun
HAD SETIAP KEHILANGAN UPAYA : Jumlah had kos rawatan yang boleh claim seumur hidup.
Contoh Plan S120-Super Protector :
HAD TAHUNAN : TIADA
HAD SETIAP KEHILANGAN UPAYA : RM1,008,000 – Jumlah kos rawatan yang boleh claim setiap jenis penyakit seumur hidup.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.