Dalam kita memilih pelan takaful atau medical card terbaik, kita perlu ketahui apa penyakit yang tidak dilindungi insurans dan takaful.
Ini amat penting diketahui sebelum mencarum sebarang plan insurans dan takaful.
Terdapat 6 penyakit yang tidak dilindungi insurans
1.Penyakit yang sedia ada.
Sekiranya peserta sudah ada penyakit sebelum melanggan plan insurans/takaful, berkemungkinan besar sekiranya ditimpa musibah yang ada kaitan dengan penyakit sedia ada, kos rawatan tidak tanggun oleh pihak insurans/takaful.
2. Sebarang perubatan atau keadaan fizikal yang berlaku terlebih dahulu samada dalam tempoh 30 hari pertama perlindungan atau tarikh pengembalian semula orang yang dilindungi kecuali kecederaan akibat kemalangan.
Makna disini, sebarang penyakit wujud dalam tempoh menunggu (30 hari) selepas mencarum takaful.
Jika ada, ini adalah penyakit yang tidak dilindungi insurans/takaful.
3. Jagaan atau rawatan yang pembayarannya tidak diperlukan atau hanya setakat yang dibayar oleh mana-mana indemniti takaful atau lain-lain yang meliputi hilang upaya orang yang dilindungi disebabkan tugas pekerjaan atau kerjaya mereka telah dilindungi di bawah Pampasan Takaful Kontrak Pekerja.
Atau nak lebih mudah, kos rawatan sudah dibayar oleh pihak insurans/takaful pekerja.
4. Sebarang rawatan atau operasi pembedahan untuk keabnormalan atau kecacatan kongenital termasuk penyakit keturunan.
Kecacatan kelahiran, yang juga dikenali sebagai gangguan kongenital, adalah keadaan semasa dilahirkan tanpa mengira sebabnya.
Kecacatan kelahiran boleh mengakibatkan kecacatan yang mungkin fizikal, intelektual, atau perkembangan.
5. Kehamilan, melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, menggugurkan kandungan dan pranatal atau postnatum dan pembedahan, mekanikal atau kimia kaedah kawalan kelahiran kontraseptif atau rawatan berkaitan ketidaksuburan. Disfungsi erektil dan ujian atau rawatan berkaitan impoten atau pensterilan.
6. Psikotik, mental atau gangguan saraf (termasuk sebarang neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatik mereka).
Psikosis adalah kondisi ketika seseorang melihat, mendengar, atau meyakini hal-hal yang sebetulnya tidak nyata. Orang yang mengalami psikosis cenderung sulit membedakan mana kenyataan dan mana yang hanya sekadar imajinasi.
Ini adalah 6 penyakit yang tidak dilindungi oleh Medical card medisaver takaful Ehsan.
Salam, berminat
Tuan whatapps saya 0193571223