Manfaat Medical Card VS Manfaat kematian/ lumpuh/ sakit kritikal

Perbezaaan antara

Manfaat RM500,000 Medical Card dengan
Manfaat RM500,000 Takaful keluarga untuk kematian/ lumpuh/ sakit kritikal

1.        Manfaat RM500,000 medical Card
tidak diperolehi sekaligus apabila kemasukan ke hospital dan tiada sebarang
tunai untuk peserta.

Hanya untuk bayar kos rawatan di hospital.

Jadi, Apabila melanggan medical card, fokus kepada had tahunan, bukan kepada
had seumur hidup semata-mata.

Lebih tinggi lebih baik, kerana Kos rawatan kanser hari ini boleh mencecah
sehingga RM300,000.

2.       Manakala RM500,000 manfaat takaful
keluarga untuk kematian/ lumpuh/ sakit kritikal akan diperoleh sekaligus
apabila berlaku kematian/ lumpuh/ sakit kritikal.

Ini ialah INCOME PROTECTION untuk peserta sekiranya berlaku kematian dan
lumpuh.

Maknanya, jika berlaku kematian atau lumpuh ke atas peserta, jumlah pampasan
RM500,000 tadi boleh menggantikan pendapatan peserta yang hilang.

One Reply to “Manfaat Medical Card VS Manfaat kematian/ lumpuh/ sakit kritikal”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *