Saya percaya ramai yang sudah mempunyai sijil takaful , sama ada untuk tujuan perlindungan pendapatan, perubatan, persaraan, pendidikan anak-anak dan sebagainya.
Setiap sijil yang diambil kebiasaannya perlu diletakkan seorang atau lebih PENAMA dan HIBAH.
Jadi adakah anda tahu Apakah perbezaanya di antara PENAMA dan HIBAH?
PENAMA : Pemegang amanah/pentadbir/wasi – yang bertindak menguruskan harta si mati dengan membahagikan secara FARAID kepada waris-warisnya setelah melakukan kelima-lima perkara di bawah iaitu :
1) membayar pengurasan jenazah simati
2) membayar hutang hutang simati
3) melaksanakan wasiat simati
4) membayar tuntutan harta sepencarian
5) lebihan harta tersebut dibahagikan mengikut faraid
Penerima ‘cek’ pampasan si mati adalah BUKAN HAK si PENAMA, walaupun yang meninggal dunia adalah si suami yang meninggalkan pampasan 100% kepada si isteri.
Jika berlaku sedemikian, si isteri haruslah membahagi-bahagikan nilai pampasan kepada waris-waris suami yang berhak mengikut waris faraid setelah melakukan kelima lima perkara di atas.
Aset/harta/tunai di bawah PENAMA/EXECUTOR adalah HAK FARAID. Jadi, aset berkenaan adalah ‘contestable’ di mahkamah sekiranya hak mereka dinafikan.
Mengapakah penamaan itu sangat penting?
Tujuan takaful adalah untuk melindungi keluarga tersayang daripada beban kewangan ketika
ditimpa musibah.
Dengan penamaan, manfaat takaful dapat disalurkan dengan lebih cepat.
Tanpa penamaan, urusan penyaluran akan:
• Mengambil masa (boleh berlarutan sehingga bertahuntahun)
• Tertakluk kepada mana-mana undang-undang pengedaran yang terpakai (di mana penghutang lain boleh menuntut manfaat takaful terlebih dahulu sebelum ahli keluarga anda)
Bilakah patut saya membuat penamaan?
Cara terbaik dan paling selamat adalah untuk melakukannya ketika memohon pelan takaful anda; supaya anda tidak lupa mengenainya.
Anda juga boleh menukar atau mengemaskini penamaan anda pada bila-bila masa sewaktu sijil berkuatkuasa.
Apa pula anda tahu berkenaan HIBAH?
HIBAH: ‘Hadiah’ – aset/harta/tunai yang dihibahkan adalah milik penerima 100% dan tidak boleh dituntut oleh mana-mana waris.
Hibah ini boleh diberikan kepada sesiapa pun termasuk waris yang tidak layak menerima pusaka.
Jumlah yang hendak dihibahkan juga adalah tidak terhad. Harta yang dihibah tidak akan menjadi harta pusaka.
Hibah adalah milik si penerima 100%, dan tiada pihak yang boleh ‘mencabar’ untuk tuntutan hak terhadap aset/harta yang dihibahkan.
Terpulang kepada penerima hibah untuk membuat apa-apa terhadap harta tersebut .
Apa perancangan dan apa yang anda tinggalkan kepada keluarga anda sekiranya anda telah meninggal dunia nanti? Hibah takaful Ikhlas ada solusinya
One Reply to “Perbezaan di antara Penama dan Hibah dalam Takaful”