Perbezaan Market Value dan Agreed Value dalam Takaful Motor

 

Pernah dengar tak?

Apabila kereta hilang, takaful hanya bayar  RM45,000 sahaja walhal langgan takaful yang  cover RM50,000

Loan settlement kat bank ada lagi RM62,000 lagi , kena tambah bayar kat bank lagi RM17,000

nangis tak berlagu

kereta hilang, kena tambah bayar lagi kat bank..hu..hu ..insuran penipu ??

Begitu juga dengan kereta total lost.

Situasi  sangat popular dalam takaful motor.

Jom ambil tahu tentang takaful kenderaan anda.

Bila ambil takaful motori ni, ade dua jenis coverage berdasarkan nilai (value) kenderaan kita

Ade 2 jenis :

1) Market Value : Harga Pasaran
2) Agreed Value : Harga dipersetujui

Market value/ Harga Pasaran

Harga pasaran atau market value adalah nilai kereta anda mengikut harga pasaran ketika renew takaful dibuat.

Jadi jika anda menginsuranskan kereta anda pada harga pasaran (market value) , anda akan dibayar pampasan mengikut harga pasaran ketika berlakunya kemalangan total lost atau kecurian.

Contohnya:

Insurance kereta anda tamat pada bulan Disember 2020. Semasa pembaharuan takaful, harga pasaran kereta anda yang berusia satu tahun ketika itu adalah RM55,000.

8 bulan kemudian, kereta anda mengalami kemalangan total lost, maka anda membuat tuntutan ke atas polisi anda.

Kerana 8 bulan telah berlalu, market value kereta  telah pun susut.

Kini nilai pasaran kereta anda bukan lagi RM55,000 tetapi RM45,500.

Maka anda akan diberi pampasan sebanyak RM45,500 sahaja dan bukan RM55,000.

Agreed value/ Harga dipersetujui

Agreed value adalah nilai yang telah dipersetujui oleh pemegang polisi dan juga pengendali takaful terlebih dahulu ketika pembaharuan polisi dibuat.

Nilai ini ditentukan oleh faktor-faktor tertentu.

Jika berlaku kecurian kereta atau tuntutan total loss, pihak syarikat takaful akan membayar penuh mengikut jumlah pampasan yang telah dipersetujui ini.

Contohnya:

Semasa pembaharuan takaful, harga pasaran kereta anda yang berusia satu tahun ketika itu adalah RM55,000 dan memilih secara agreed value.

10 bulan kemudian, kereta anda mengalami kemalangan di mana kereta anda hancur dan tidak lagi boleh diperbaiki.

Dengan kata mudah total lost.

Pampasan yang anda akan dapat daripada pengendali takaful anda ialah sebanyak RM55,000.

Walaupun mungkin pada masa itu nilai pasaran kereta anda hanya RM45,500.

 

agreed value market value

Agreed Value digalakkan ambil kalau kereta baru yg masih dalam pinjaman yang mana jumlah hutang lebih tinggi daripada nilai pasaran semasa kereta.

Antara sebab utama adalah,

Kalau berlaku kehilangan kereta atau kemalangan total loss,

Pemilik perlu selesaikan baki hutang semasa.

Renew Roadtax Etiqa Takaful Secara Online disini 

renew roadtax

 

Baca juga : Hibah Takaful Ikhlas bermula RM46 sebulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *