Sebelum membuat permohonan pengeluaran KWSP secara online, anda perlu mendaftar dan mengaktifkan i-Akaun.
Panduan Ringkas Pengaktifan i-Akaun (Ahli)
- Ahli perlu membuat pendaftaran i-Akaun terlebih dahulu sebelum menggunakan kemudahan ini. Pendaftaran boleh dilakukan di mana-mana Kaunter KWSP. Ahli
dapat mengaktifkan i-Akaun dengan menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan
yang diterima selepas pendaftaran. Pengaktifan perlu dibuat melalui laman web
rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my dalam tempoh 30 hari. - Selepas pendaftaran, ahli akan menerima kata laluan melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun.
- Layari www.kwsp.gov.my
- . Pilih Log Masuk di tab menu dan klik i-Akaun (Ahli).
- Isikan No Ahli yang diterima pada ruangan ID Pengguna dan klik Teruskan.
- Isikan Kata Laluan yang diterima melalui SMS dan klik Log Masuk
- Sila baca terma dan syarat yang dipaparkan . Tanda pada kotak “checkbox” dan klik Seterusnya.
- Sila cipta ID Pengguna yang baharu di ruangan ID Pengguna. ID Pengguna yang baharu adalah gabungan alphanumeric 8-16 digit. (Contoh:ahmad1234).
- Sila cipta kata laluan yang baharu dengan gabungan alphanumeric 8 – 20 digit dan masukkan semula kata laluan yang baharu untuk pengesahan. (Contoh: AbuAli12345)
- Pilih Imej Online.
- Sila isi Frasa Rahsia dengan panjang maksimum 10 aksara kemudian klik Seterusnya.
- Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan.
- Ahli boleh terus login ke i-Akaun.
Cara membuat permohonan melalui e-Pengeluaran KWSP
Siapa yang layak untuk membuat pengeluaran KWSP secara online ?
- Ahli warganegara Malaysia ataupenduduk tetap.
- Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa.
- Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum.
- Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpanan/Semasa ahli atau ke akaun bank Rakan Strategik KWSP.
Jenis pengeluaran KWSP secara online :
- Beli rumah
- Bina rumah
- Ansuran bulanan pinjaman perumahan
- Mengurangkan/menyelesaikan baki pinjaman perumahan
- Pendidikan – Ahli mengikuti pengejian di IPT
- Kesihatan – Ahli menerima rawatan di institusi perubatan dalam negara
- Ahli mempunyai simpanan melebihi RM1juta
- Ahli berumur di antara 50 sehingga sebelum mencapai umur 55 tahun dan mempunyai simpanan KWSP dalam akaun 2
Cara membuat permohonan melalui e-Pengeluaran KWSP
- Daftar/log masuk ke i-Akaun (Ahli) melalui laman web rasmi KWSP
www.kwsp.gov.my - Pengesahan identiti secara dalam talian
- e-Permohonan : Mengisi butiran permohonan dan menghantar pengesahan identitidengan memasukkanTransaction Authorisation Code (TAC) yang diterima melalui nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan KWSP
- e-Pemprosesan : Kelulusan Permohonan diluluskan secara dalam talian sekiranya ahli memenuhi syarat e-Pengeluaran
- e-Bayaran : Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpanan/Semasa ahli atau ke akaun bank Rakan Strategik KWSP
- e-Komunikasi : Ahli menerima notifikasi status e-Pengeluaran dalam inbox
- Ahli akan menerima makluman di inbox i-Akaun dan SMS bagi tujuan pengecaman Cap Ibu Jari/penghantaran dokumen (jika perlu) dan notifikasi SMS bagi status bayaran
Jadi part anda sudah selesai . Anda cuma menungu wang tersebut dikreditkan kepada akau bank anda.
Anda boleh infografik yang dikongsikan KWSP bagi membuat permohonan pengeluaran KWSP secara online :
Bujsng 9ku