Pernah Masuk Hospital, tetapi baru nak memohon takaful

permohonan takaful
.
Untuk memohon takaful bagi peserta yang pernah dapat rawatan di hospital dan klinik, memerlukan langkah tambahan, berbeza bagi peserta sihat.
.
(baca, kerja lebih sikit untuk agen. hehe)
.
Syarikat takaful tidak zalim, menolak terus bagi yang pernah sakit.
Tetapi syarikat takaful akan ambil tindakkan jika tidak bagi tahu pernah sakit dulu.
.
3 Langkah mudah untuk mohon takaful setelah ada rekod kesihatan peribadi di klinik, hospital swasta dan hospital kerajaan.

1. Semasa memohon takaful, cerita semua apa sakit yang pernah sakit. Tahulah perunding takaful nak buat apa.
.
Yang pasti jika pernah dapat rawatan dihospital, perunding takaful perlu dapatkannya. Tetapi tertakluk kepada underwriter syarikat takaful.
.
2. Permohonan rekod perubatan hospital akan diuruskan oleh perunding takaful jika perlu. Proses permohonan berlainan setiap hospital atau klinik.
.
Dari segi tempoh dan kos bergantung kepada jenis rawatan . Masa yang diambil pihak hospital untuk menyiapkan report adalah 30 hari bekerja untuk hospital kerajaan dan 14 hari bekerja untuk hospital swasta.
.
Saya pernah setelah 2 bulan baru siap sebab doktor sibuk.
.
Dari segi kos, boleh claim balik dengan pihak takaful. Tetapi tertakluk terma dan syarat.
.
3. Setelah siap report dari hospital, perunding takaful akan hantar kepada underwriter untuk review keadaan sebenar pesakit. Jika sudah sembuh sepenuhnya, permohonan lulus. Jika sebaliknya, permohonan berkemungkinan ada loading atau counter offer.
.
.
Semoga Bermanfaat.

Malu jumpa perunding, tetapi nak tahu perengan berkenaan takaful.
tonton ini secara percuma : https://ezytakaful.com/panduan-video-takaful/

Zariff Zahari
INFAQ Consultancy

4 Replies to “Pernah Masuk Hospital, tetapi baru nak memohon takaful”

  1. Agen takaful saya pernah beritahu… sekiranya saya sudah sembuh dan dalam beberapa tahun (lupa) sekiranya penyakit atau sakit saya tidak muncul lagi, saya boleh appeal balik untuk dapatkan rawatan full coverage… sebab sekarang saya excluse bahagian slip disc. Boleh ke? bagaimana?

    1. Ini saya tidak boleh bagi jawapan, sebab maklumat sedikit.
      Dan sakit slip disc adalah banyak jenis tahap.
      Paling terbaik, Tuan boleh call/email direct kepada syarikat takaful untuk dapat jawapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *