Plan Mana yang lebih baik ? Plan A atau Plan B ?

 

Ini adalah dua pilihan plan cadangan untuk perlindungan pendapatan takaful.

Plan cadangan ini dibuat selepas diminta oleh seorang rakan.

Lelaki hensem, umur 35 bekerja sebagai executive dan tidak merokok dan bajet bawah RM4,000 setahun. Isteri surirumah sepenuh masa.

2 cadangan plan income protection seperti dalam gambar.

Sebelum lihat pada jumlahnya, kita perlu tahu mana musibah yang kemungkinan akan datang dahulu.

Semesti Sakit Kritikal, selepas itu Lumpuh (TPD) dan akhir kematian.

 

▶️ Situasi Plan A
—————–

Jika sakit kritikal datang terlebih dahulu, beliau dan keluarga dapat RM500,000 untuk sara hidup. Bila sakit kritikal, berkemungkinan besar, beliau tidak boleh bekerja. Sijil takaful akan tamat. Sebab “Accelerate”

Jika Lumpuh (TPD) datang terlebih dahulu, beliau dan keluarga dapat RM500,000 untuk sara hidup. Sijil takaful akan tamat.

Dan jika berlaku musibah kematian RM500,000 akan dihibahkan kepada isteri beliau.

 

▶️ Situasi Plan B
—————–

Jika sakit kritikal datang terlebih dahulu, beliau dan keluarga dapat RM300,000 untuk sara hidup. Bila sakit kritikal, berkemungkinan besar, beliau tidak boleh bekerja. Sijil takaful tidak akan tamat. Caruman perlu diteruskan untuk kekalkan manfaat Lumpuh TPD dan kematian.

Jika Lumpuh (TPD) datang kemudian, beliau dan keluarga dapat RM500,000 untuk sara hidup. Sijil takaful akan tamat.

Dan jika berlaku musibah kematian RM500,000 akan dihibahkan kepada isteri beliau.

 

 Jadi mana plan terbaik ?

Pilihan masing-masing.

 

Kenapa penting manfaat sakit kritikal ?

Jadi, sekiranya berlaku penyakit kritikal, sesorang sudah tidak mampu lagi untuk bekerja dan akan kehilangan punca pendapatan.

Maka, jika disahkan penyakit kritikal, sekiranya polisi hanya ada manfaat kematian untuk hibah takaful sahaja, ia tidak memberi sebarang manfaat.

 

 Kenapa mencadangankan plan ini ?

Ini barulah plan INCOME PROTECTION yang lengkap merangkumi coverage untuk 3 musibah besar.
3 musibah ini ialah:

> Death (Hilang income)
> Disable / Lumpuh (Hilang income + masih perlu meneruskan hidup)
> Dread Disease / Sakit kritikal (Hilang income + masih perlu meneruskan hidup + perlu kos hospital)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *