Plan Takaful dengan caruman RM99, dapat banyak manfaat.
1. Manfaat kematian RM100,000
2. Manfaat kematian kemalangan RM100,000
3. Manfaat kematian disebabkan sakit kritikal RM100,000
4. Manfaat penyakit kritikal (CI) RM100,000 (Tambahan)
5. Manfaat lumpuh kekal (TPD) RM100,000 (Tambahan)
6. Manfaat elaun hospital swasta dan kerajaan RM100 sehari
7. Manfaat pengecualian bayaran atau waiver disebabkan CI atau TPD pun ada
8. Ada nilai tunai sepanjang tempoh polisi.
9. Manfaat no 1, 2, & 3 boleh dijadikan hibah takaful.
10. Manfaat kematian, lumpuh dan penyakit kritikal BERASINGAN.
Contoh situasi,
– Peserta melanggan pada usia 30 tahun.
– Kemudian pada usia 35 tahun disahkan penyakit kritikal, beliau dapat RM100,000.
– Selepas itu juga, caruman jadi FREE sampai tempoh matang sebab ada manfaat waiver.
– Masuk hospital swasta atau kerajaan, dapat elaun hospital RM100 sehari.
– Nak dijadikan cerita, pada umur 40 disebabkan penyakit kritikal itu pelanggan lumpuh. Dapat lagi RM100,000.
– Kemudian pada umur 45 beliau meninggal dunia, waris dapat RM100,000, dan nilai tunai.
Inilah INCOME PROTECTION sebenar!
Table of Contents
Penerangan Lanjut berkenaan Plan Takaful ini.
Manfaat kematian – RM100,000 (HIBAH Takaful)
Sekiranya berlaku kematian kepada peserta takaful atas apa sahaja sebab, RM100,000 pampasan akan di keluarkan dan dihibahkan kepada waris.
Dengan TUNAI sebanyak ini, sedikit sebanyak dapat membantu:
✅ Sebagai penggantian pendapatan (ganti gaji suami / isteri yang telah pergi)
✅ Membantu keluarga meneruskan kelangsungan hidup tanpa bebanan kewangan
✅ Selesaikan hutang piutang yang berbaki
❌ Tidak melalui proses faraid
❌ Tidak boleh dituntut oleh waris lain yang tiada dalam senarai penerima hibah
Tempoh menunggu untuk manfaat ini, TIADA. Maknanya apabila sijil takaful ini lulus, manfaat ini terus kuatkuasa (boleh claim terus)
Manfaat lumpuh Cacat kekal, TPD – RM100,000 (Tambahan)
TPD bermaksud Total Permanent Disability atau lebih dikenali sebagai Lumpuh / Hilang Upaya Kekal
Ok macam mana seseorang boleh dikategorikan lumpuh didalam manfaat polisi takaful ?
Saya suka bagi benda yang mudah faham.
Kalau kita bangun tidur kita benda yang kita akan buat ialah
- Makan minum
- Mandi
- Buang air kecil dan besar
- Berpakaian
- Bangun duduk
- Keluar bersiar , kerja
Sekiranya pemegang polisi takaful tak boleh buat 3 daripada 6 perkara di atas selama 6 bulan berturut turut ( disahkan report doktor ) peserta dikategorikan sebagai TPD akibat semua sebab.
Apabila disahkan TPD, pihak takaful akan serah RM100,000 kepada peserta takaful.
Ia dapat menggantikan pendapatan anda akibat tidak boleh bekerja.
Tempoh menunggu untuk manfaat ini, TIADA. Maknanya apabila sijil takaful ini lulus, manfaat ini terus kuatkuasa (boleh claim terus)
Manfaat 36 penyakit kritikal ,CI – RM100,000 (Tambahan)
Tahukah anda, jika polisi yang hanya cover untuk hibah takaful, belum tentu ada coverage penyakit kritikal ?
Tahukah anda, 70% kematian penduduk Malaysia adalah disebabkan penyakit kritikal seperti jantung, strok dan kanser.
Tahukah anda, medical card hanya cover bil hospital tapi tidak memberi sebarang pampasan kewangan tunai kepada pelanggan?
Bermaksud, jika anda disahkan kanser / strok / sakit jantung – medical card akan cover bil hospital, tapi tidak ada sebarang pampasan untuk gantikan gaji anda sekiranya diberhentikan tidak mampu lagi bekerja akibat penyakit kritikal tadi?
Polisi hibah takaful, cover untuk kematian.
Polisi medical card, cover bil hospital jika dimasukkan ke hospital.
Takaful penyakit kritikal pula, menyediakan pampasan tunai apabila disahkan menghidap penyakit kritikal.
Apa fungsinya?
Fungsinya untuk menggantikan pendapatan yang hilang akibat tidak lagi mampu bekerja apabila disahkan penyakit kritikal.
ini adalah 36 Jenis Sakit Kritikal
Tempoh menunggu untuk manfaat ini, adalah 60 hari. Maknanya apabila sijil takaful ini lulus manfaat ini, 60 hari selepas itu boleh claim terus.
Manfaat elaun hospital swasta dan kerajaan – RM100 sehari
Hospital Income Plan adalah plan takaful yang menyediakan manfaat elaun harian apabila dimasukkan ke wad hospital sama ada hospital kerajaan atau hospital swasta.
Hospital income plan bukannya medical card yang membantu menyediakan kos rawatan dan pembedahan hospital apabila pelanggan dimasukkan ke hospital.
Jika medical card membayar manfaat tersebut kepada hospital, plan ini membayar manfaat kepada peserta.
Pelanggan berhak mendapat RM100 sehari apabila dimasukkan ke hospital.
Ia juga tidak seperti plan hibah takaful, yang memberi manfaat kepada waris apabila pelanggan meninggal dunia.
Plan ini diterima oleh peserta ketika hidup, apabila dimasukkan ke hospital, bukannya selepas meninggal dunia.
Pengecualian untuk kemasukkan di sebabkan oleh faktor kehamilan (tidak boleh claim).
Tempoh menunggu untuk manfaat ini, adalah 30 hari. Maknanya apabila sijil takaful ini lulus manfaat ini, 30 hari selepas itu boleh claim terus.
Manfaat pengecualian bayaran (waiver) disebabkan CI atau TPD
Dengan adanya waiver ini, sekiranya peserta disahkan mengalami sakit kritikal atau hilang upaya kekal, peserta tidak perlu membayar caruman takaful sehingga tamat sijil takaful ia itu meninggal.
Bermakna peserta sudah dikecualikan dari mencarum setiap bulan (tidak perlu membayar polisi insurance anda) dan yang bestnya peserta layak menerima manfaat elaun hospital dan cash value.
Tempoh menunggu untuk manfaat ini, adalah 30 hari. Maknanya apabila sijil takaful ini lulus manfaat ini, 30 hari selepas itu boleh claim terus.
Badal Hajj
Sekiranya peserta meninggal dunia dan belum pernah menunaikan haji, takaful ikhlas akan buatkan upah haji untuk peserta.
Semua Perlindungan Boleh Dituntut Setiap Satu Sehingga Kematian
Semua mod manfaat adalah tambahan ( Additional), maknanya jika kita claim setaip manfaat, tidak mengurangkan manfaat lain.
Ini adalah perbezaan antara tambahan (additional) vs Pengurangan (accelerated)
Tempoh perlindungan sehingga umur 60 tahun
Tempoh perlindungan adalah sehingga umur 60 tahun, ia ada juga ada pilihan sehinggan umur 70 tahun dan 80 tahun, tetapi caruman berbeza.
Apa yang tidak boleh claim
Antara sebab yang tidak boleh claim adalah
- Disebabkan oleh sakit sedia ada
- Kehamilan
- HIV/AIDS
- Bunuh diri
- Rusuhan
Berminat ?
Isi maklumat di bawah, saya akan maklum balas segera
2 Replies to “Plan Takaful 5 Manfaat RM99, Hibah + Pampasan Sakit Kritikal”